Satu Malaysia Kena Kencing Dengan "Jejaka Anime", Rakannya Sendiri Buat Pendedahan Mengejutkan

Satu Malaysia Kena Kencing Dengan "Jejaka Anime", Rakan Buat Pendedahan Mengejutkan



Sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan penampilan seorang lelaki berasal dari Kelantan yang berwajah anime di media sosial.

Lelaki itu bernama Miyyo dan dikataakn telah membuat pembedahan untuk memperlihatkan wajahnya seperti watak anime.

Namun ada seorang wanita yang juga rakan kepada Miyyo telah membuat pendedahan bahawa jejaka aniem itu adalah palsu semata dan tidak wujud.

Kata wanita bernama Bella Barbie, lelaki anime itu (Miyyo) telah memuatnaik gambar yang telah "di edit" untuk menjadi lelaki anime.

Tambah Bella, pendedahan itu dibuat agar tidak mahu masyarakat terus terpedaya dengan gambar-gambar yang telah diedit oleh jejaka anime itu.

Bella juga mendakwa lelaki anime itu turut menipu nama sebenarnya.

Ini komen dari Bella:

"Itu bukan dia, muka dia kalau depan-depan OMG (Oh My God). Lelaki anime tidak wujud! Kalau dia keluar orang tak kenal sebab memang muka tak sama.


"Saya ada gambar dia tanpa solekan, dia sunting semua gambar menggunakan applikasi Camera360 dan BeautyPlus. Saya tahu kerana dia selalu sunting gambar-gambarnya di sebelah saya,"


"Dia bagi alasan tak nak tunjukkan muka di mana-mana media mungkin kerana takut wajahnya tak sama seperti di dalam gambar.


"Dia bukanlah tinggi atau memiliki 'jawline' (garis rahang yang tajam) dan kurus seperti dalam gambar di laman sosial, apatah lagi menjadi seorang model,"


Tentang pembedahan yang dibuat oleh Miyyo, Bella akui perkara itu memang benar namun Miyyo mungkin menipu harga sebenar.

Sebelum ini katanya pembedahan menelan belanja hampir RM200,00 tetapi kata Bella pembedahan di Thailand amat murah iaitu hanya RM1,000 sahaja.

Ini komennya:

"Saya selalu ulang-alik ke Thailand. Kos pembedahan hidung dan dagu cuma RM1,000 setiap satu, manakala kos menipiskan bibir pula cuma RM600.


"Dia mengaku pada media pernah buat pembedahan sebanyak dua kali sahaja, mustahil harganya bernilai RM200,000?,"



Ini kenyataan dari Bella di laman FB miliknya:



LELAKI MELAYU BERWAJAH ANIME TIDAK WUJUD

Saya disini ingin membongkarkan kisah benar berkenaan dengan lelaki melayu berwajah anime tidak wujud.Salah satu penipuan telah dibuat oleh lelaki ini"miyyo rizone" adelah namanya sendiri.

Nama sebenar lelaki ini adalah Muhammad Syahrizal Ikhwan Bin Musa dan bukannya Amirul Rizwan seperti yang diakui oleh dirinya sendiri melalui temu ramah yang dibuat oleh pihak radio tempatan.

Seperti yang kita tahu miyyo enggan untuk ditemu ramah secara langsung dari mana-mana pihak media adalah kerana fizikal beperwatakan anime yang sedang viral di media sosial sebenarnya berlainan dengan fizikalnya yang sebenar.

Miyyo menggunakan aplikasi yang bernama camera360 dan beauty plus yang membolehkan mukanya seperti di bawah ini bertukar kepada muka yang menyerupai watak anime.

Tujuan saya membongkarkan perkara sebenar adelah untuk membetulkan perspektif,padangan serta tanggapan netizen terhadap penipuan yang sedang berleluasa ini 

 Ini gambar terkini yang dikongsi oleh Bella yang dikatakan wajah sebenar jejaka anime itu:






Sehingga kini, lelaki anime bernaam Miyyo itu masih berdiam diri dan tidak menjawab untuk memberi kenyataan balas.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment