Ramzy Alamudi menulis di Laman Facebooknya dan memuat naik video mengenai insiden itu dan berasa kesal kerana wanita yang menyerangnya dan isterinya hanya kerana sebuah niqab (penutup muka).
“Saya dan isteri saya sedang berbual ke kereta kami apatah lagi dia baru sahaja tamat peperiksaan akhirnya, seorang wanita memerhatikan kami dengan pandangan tajam dari jauh.
“Usai memasuki kereta, isterinya melambai ke arah wanita tersebut dan tanpa disangka wanita tersebut memberikan isyarat lucah dan mula menjerit meminta membukanya (niqab isteri ),” tulisnya.
Tambahnya lagi, beliau dan isteri cuba untuk tidak mempedulikan wanita tersebut dan menyelesaikannya dengan cara baik namun dia kemudiannya bertindak ganas dan cuba merosakkan kenderaan mereka.
“Pada mulanya saya cuba untuk buat tidak peduli kerana risau jika dia akan mencederakan Muslim yang lain di universiti.
“Namun begitu, dia kemudian cuba mematahkan ‘wiper’ kereta saya dan ketika itulah saya bertindak dan isteri saya menelefon sekuriti,” tulisnya lagi.
Bagaimanapun, pasangan tersebut merasa terkilan kerana isu Islamophobia yang berleluasa di kini menyebabkan ramai Muslim yang menjadi mangsa.
“Malang sekali untuk insiden Islamophobia sebegini tidak hanya diasingkan kepada satu individu sahaja sebaliknya ia bersifat menyeluruh dalam masyarakat kita ditambah lagi dengan propaganda sesetengah media dan juga ahli politik.
“Selain itu, tujuan saya memuat naik video insiden ini adalah untuk meningkatkan kesedaran ramai dan bukanlah untuk memburukkan keadaan,” tulisnya.
Perkara itu kini sedang disiasat oleh polis NSW dan pasangan tersebut masih lagi dalam keadaan terkejut dan meminta agar privasi mereka dihormati. SinarHarian
Video:-
Blogger Comment
Facebook Comment