Fattah Amin Mohon Maaf Pada Fazura
Baru-baru ini, ketika hari lahir Fazura, pelakon ini telah menerima bunga sebanyak 500 kuntum daripada pelakon kacak, Fattah Amin.
Bunga jenis mawar pink dan putih itu diterima Fazura dengan penuh kejutan. memang Fazura tak menyangka Fattah Amin akan memberi bunga.
Pada mulanya, Fazura ingatkan bunga itu dari ibunya.
Apatah lagi pada sebelum itu pelakon Fattah Amin ada meminta maaf kepada Fazura kerana tidak dapat menyambut hari lahirnya.
Oleh kerana tidak dapat hadir, Fattah Amin membuat kejutan dengan memberi bunga.
Ini pendedahan Fazura:
“Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran.
“Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik. Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya,”
Sehingga kini pasangan ini tidak mengesahkan mereka berdua sedang bercinta, buat masa kini hanya teman rapat.
Semoga hubungan mereka ini akan ke lebih serius selepas ini.
Sumber : Berita Harian
Blogger Comment
Facebook Comment