'Kakak ipar selalu buat muka, dia tak suka saya tinggal di rumah mereka'


Adab menumpang di rumah orang walaupun adik beradik sendiri yang sudah berkahwin, adalah buat sementara sahaja. Bukan selama-lamanya. Namun confessor ini tanpa segan silu mendakwa kakak iparnya tidak mengemari dia yang menumpang di rumah mereka. 

Bukan dia tidak mahu bekerja, alasannya tiada pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan ijazahnya itu menyebabkan dia terpaksa menumpang lama di rumah abangnya. 

Salam Admin

Abang saya, okey saja yang saya tinggal di rumah mereka. Tetapi isteri dia merangkap kakak ipar saya menunjukkan dengan ketaranya yang dia tidak suka dengan saya. 

Saya bukannya tidak mahu berkerja, tetapi saya masih dalam proses mahu mencari kerja. Ada kerja, tetapi kebanyakannya tidak bersesuaian dengan taraf saya. 

Saya ada ijazah dan kalau sekadar kerja di pasar raya seperti Giant, restoran KFC atau di pusat beli belah, memang saya tak nak. Sudah tiga bulan mencari kerja, namun saya masih belum lagi menemui pekerjaan yang sesuai. 

Kakak ipar pula selalu buat muka masam pada saya. Abang saya, dia nak tetapi saya pula dia tak nak. Saya ini adik perempuan bongsu abang saya, tahu tak? 

Dan saya amat yakin dan pasti bahawa abang saya akan memilih saya berbanding isterinya itu. Apa pendapat anda semua? Apa yang saya harus beritahu pada abang saya? Biar abang saya ajar perempuan itu. 

Sementara itu di media sosial, netizen menganggap confessor sebenarnya terlalu berlagak dengan ijazahnya sehingga merendah-rendahkan pekerjaan orang kebanyakan. Malah, sengaja membuat alasan sedemikian untuk duduk lama di rumah abangnya secara percuma. 

"Setakat degree saja dah temberang. Orang Bangladesh datang ke Malaysia siap ada PHD, tapi jadi kuli bangunan juga. Mohon pijak sijil degree kau dan selepas itu pergi minum racun, okey," tulis Anne Angel yang disokong lebih 2,300 netizen. 

"Saya graduated dari oversea universiti. Tetapi disebabkan susah nak dapatkan kerja, jadi saya ambil keputusan untuk menjual kuih dan buat mini katering. Dah setahun, okey apa? Nak malu buat apa? Janji halal. Jadi nasihat saya untuk cik adik ini, jangan bebal sangat ye," tulis Nurazilawati Abdul Yaziz. 

Bagi Firdaus Shakirin pula, zaman ini sukar mahu mencari kerja yang bersesuaian dengan kelayakan sehingga adakalanya graduan perlu mengambil sahaja peluang pekerjaan yang ada. 

"Kadang-kadang kita kena ambil saja peluang pekerjaan yang ada, walaupun potong rumput tepi jalan dengan ada segulung master. Dalam masa yang sama, tunggu pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan. 

"Tak boleh memilih pekerjaan di zaman ini sis. Saya jarang nak kecam tetapi kalau sis suruh abang sis ajar perempuan itu, saya boleh mencarut sis," tulisnya. 

"Kau tak ada otak ke apa? Dah tentu-tentu salah kau, lagi nak letak di KRT. Memang nak kena kecamlah. Beria-ria nak tunjuk ada degree tetapi otak bodoh, ada hati nak pilih kerja. Ini zaman N**** tahu tak? Tak ada masa nak pilih-pilih kerja," tulis Najwa Mustapha Kamal. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment