Ibu Fazura Pula Terlepas Cakap..
Antara isu hangat dan paling banyak menjadi bahan bualan pada minggu ini ialah kisah hubungan Fazura dan juga Fattah Amin.
Pelakon dan juga pemenang Bintang Paling Popular 2016 iaitu Fattah Amin dikatakan sudah bernikah dengan rakan artis, Fazura.
Majlis pernikahan pasangan ini dikatakan dibuat di rumah nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Baru-baru ini ada sumber tampil menceritakan perkahwinan Fattah Amin dan Fazura telah dibuat pada awal pagi 14 November.
Sumber memberitahu abang Fazura turut hadir menjadi wali perkahwinan tersebut.
Sebenarnya, mereka merancang untuk bernikah di Mekah namun perancangan tersebut tidak berjaya dan mengambil keputusan untuk bernikah sebelum bertolak ke Mekah.
Pada tengah hari 15 November, Fattah Amin, Fazura dan ahli keluarganya telah bertolak ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan Umrah.
Semalam, ada satu video telah menjadi viral yang dimuatnaik oleh pembantu kepada Fattah AMin yang telah menguatkan lagi spekulasi bahawa Fattah Amin dan Fazura telah bernikah.
Ketika berada di tanah suci, PA kepada Fattah Amin ada bertanya kepada ibu Fazura, apa doa yang dimintanya.
Kemudian ibu Fazura secara spontan telah menjawab mahu jodoh anaknya berkekalan.
Ini komennya:
Soalan: Mama, mama nak doa apa?
Jawapan ibu Fazura: doa anak anak jodohnya berkekalan
Ini videonya:
Apabila ibu Fazura berdoa memohon 'jodoh anak berkekalan', ramai yang berpendapat anak itu adalah Fazura dan juga Fattah Amin.
"Jodoh berkekalan" bermakna mereka berdua telah dijodohkan dan mahu perkahwinan mereka berdua berkekalan.
Memang semakin sensasi isu ini. Rata-rata tidak sabar menunggu kepulangan Fazura dan juga Fattah Amin hari Khamis nanti untuk membuat sidang media.
Kita tunggu jawapan dari kedua-dua pihak.
Sumber: beautifulnara
Blogger Comment
Facebook Comment