"Stop That! Be responsible think before u speak!" - Perlekeh Hetty Koes Endang, Chef Wan Sekolahkan Nabil
Ahad lalu, Gegar Vaganza musim keempat telah berlangsung untuk konsert minggu keempat. Tema pada minggu ini ialah duet.
Pada malam tadi, nampaknya sekali lagi, Datuk Chef Wan menegur pengacara Gegar Vaganza iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Semalam, ada beberapa kali pengacara Nabil Ahmad mencelah dan mengganggu para juri memberi komen.
Nabil Ahmad juga dilihat seperti kadangkala mempermainkan kata kata yang dilontarkan oleh juri Indonesia iaitu Hetty Koes Endang.
Melihat keadaan ini, Datuk Chef Wan sekali lagi tampil dan menegur perbuatan pengacar Gegar Vaganza itu.
Menerusi satu posting di laman IG miliknya,Datuk Chef Wan telah menulis dua teguran keapda pengacar GV4 dan berharap Nabil dan Jihan berhenti melakukan perkara berkenaan.
Bagi Datuk Chef Wan perkara itu semakin lama menjadi satu perkara yang amat mengjengkelkan.
Ini komen panas Datuk Chef Wan tentang hal ini:
TEGURAN PERTAMA
"Ala Nabil Ahmad ni should learned to shut up when the Jury is commenting instead of teasing All the words that Ibu Hetty is using and it become annoying!
"Each week all this usik mengusik D.Ramli and respond balik with all this word "kurang ajar" dah macam jadi basi.
"Balik-balik itu aja. They both should stop that..
Kemudiannya, Datuk Chef Wan menulis satu teguran khas buat Nabil Ahmad. Chef Wan akui Nabil memang bagus tetapi perangainya mengganggu juri ketika memberi komen, amat tidak disukai Chef Wan.
Bagi Datuk Chef Wan, dia mahu Nabil Ahmad lebih menjadi bertanggung jawab kerana perbuatan dan aksinya di atas pentas akan menjadi ikutan para remaja dan anak-anak terutama mereka yang masih bersekolah.
Ini teguran panas dari Datuk Chef Wan.
TEGURAN KEDUA
"Nabil2..bila ramai org tua2 yg jauh lebih matang dan akal yg panjang serta lebih pengalaman hidup kami menegur u seumpama juga ibu dan bapa u menegur u dgn baik. Remember i met u for the 1st time on Meletop and i said u are a good host?
"I have nothing against u personally except mewakili ramai juga peminat u yang kurang setuju cara2 u host GV.
"As a celebrity be an inspirational figure menjadi ikutan orang ramai serta generasi akan datang.
"We already have a big issues in school with kanak-kanak sekolah yg biadap dan kurang ajar.
"Kita baca comment Guru-guru at my past updates on your behavior on stage pun sudah cukup.
Dah terang nak di suluh lagi ke Nabil?
"Everyone has explained the reasons why such a behaviour cannot be accepted and a common practice for u on stage as there are millions of others watching u might be influenced by such a behaviour.
"U pun dah besar panjang dan ada anak2 juga just like i have all my cucu2 also to be worried off with sikap mereka di masa akan datang.
"Please read all this carefully and chew on it Nabil.
"Get as many opinion on this esp dari org tua2 dan org2 yg berpelajaran tinggi serta budi bahasa yg timggi if u can be also a role model to society by being just u are right now minus all that crap!
"Yes people might laugh at your spontaneous Jokes at times but we dont have to agreed on all of this. Hari ini negara mengalami masalah yang besar dari discipline kanak-kanak di sekolah.
"Saya tahu la as i go to many school to talk to this kids the last 5 yrs pun. I see and i hear from all the guru2 atau pun sungutan ibu dan bapa mereka.
"We as a celebrity can be a role model to this children supaya bersopan satun dan beradap yg tinggi. There many ways to entertain viewers at home but in a more responsible way la Nabil.
"Clowning around at times making a fool of yourself or your guests and Juri is not the correct way. Show them some respect Nabil and u earned balik that respect!
"Sometime kita tak boleh mendengar fans2 kita yg suka kan kita buat perkara2 yg gila dan salah. How could we laugh and be irresponsible to our society at the same time? What we do have such implication to kanak2 di bangku sekolah juga tau.
"Be responsible think before u speak!@nabilzira
Itulah teguran dari Chef Wan kepada Nabil. Memang betul juga kata dari Chef Wan ini. Kadangkala memang annoying melihat pengacara menyampuk ketika juri memberi komen kepada para peserta, sehingga mengganggu komen itu sendiri.
Sepatutnya Nabil dan Jihan diam sahaja ketika juri berkata-kata. Bira mereka habis dulu dan kemudian baru buat lawak semula.
Ramai juga kurang bersetuju dengan cara Nabil sering memperlekeh ayat yang digunakan Hetty Koes Endang, tak perlulah membuat lawak dengan ayat yang Hetty Koes Endang gunakan.
Semoga Nabil dan Jihan ambil peringatan dan teguran ini sebagai satu langkah untuk berubah kepada yang lebih baik.
Kalau di lihat di ruang komen Chef Wan, memang teruk Nabil dikritik, rata-rata mahu mendengar komen dan juri professional dan tak suka melihat pengacara mengganggu juri ketika itu.
Berbalik kepada minggu keempat Gegar Vaganza, Hazami muncul peserta paling menyerlah dengan persembahan mantap, berduet dengan bekas juara Gegar Vaganza iaitu Azharina.
Liza Hanim dan Aishah turut memukau juri dengan persembahan bertenaga pada malam itu.
Elyana sekali lagi diundi peserta pilihan di laman IG dengan mendapat like paling banyak dan menerima Pamoga sebagai hadiah.
Peserta yang tidak bernasib baik dan tersingkir ialah Haida yang gagal mencuri hati juri. Haida berduet dengan penyanyi Ezad Lazim.
Minggu depan Gegar Vaganza musim keempat akan membawa tema baru iaitu tema 'Kerabat'.
Sumber: Ig Chef Wan
Blogger Comment
Facebook Comment