"Benar, Fattah Dan Fazura Nikah 14 November Lalu, Abang Fazura Jadi Wali" - Sumber Bocor Rahsia
Pasangan pelakon popular Fattah Amin dan Fazura semakin menjadi tumpuan orang ramai terutama para peminatnya.
Pelbagai spekulasi telah muncul setelah ada ura-ura mengatakan bahawa mereka berdua telah berkahwin sebelum berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah pada minggu lepas.
Ada juga mengatakan bahawa Fattah Amin dan juga Fazura telah bertunang dan kemudiannya mereka akan bernikah ketika berada di tanah suci Mekah.
Kali ini ada satu sumber yang mendedahkan perkara yang berlaku kepada portal hiburan Mingguan Malaysia atau Utusan.
Menurut kata-kata dari sumber ini, Fattah Amin dan Fazura bukan berkahwin secara rahsia, sebaliknya majlis tersebut diadakan secara tertutup.
Mereka berdua telahpun bergelar suami isteri dan disatukan dalam satu majlis yang dihadiri ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja demi memastikan privasi kedua-dua belah pihak.
Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, Fattah Amin dan Fazura telah pun selamat bernikah sekitar pukul 12.30 tengah malam, 14 November lalu di banglo kediaman nenek pelakon wanita jelita itu di Petaling Jaya, Selangor.
Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan salah seorang abang kandung Fazura sendiri, pernikahan pasangan itu berjalan dengan penuh sederhana tetapi sempurna.
Ini pendedahan sumber berkenaan:
"Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 tengah malam pada tarikh itu (14 November) dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.
"Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memilih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal"
Menurut sumber itu lagi, pada awalnya majlis pernikahan dirancang untuk diadakan di Tanah Suci Mekah tetapi pada saat-saat akhir, rancangan telah diubah pada hari pertunangan mereka.
Pasangan itu bertunang sehari sebelumnya, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama dan kemudian meneruskan pernikahan mereka pada 14 November.
Ini penjelasan dari sumber berkenaan:
"Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.
"Oleh itu, pada hari pertunangan mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah,"
Itulah pendedahan dari seorang saksi kepada wartawan Mingguan Malaysia / Utusan.
Pendedahan ini menguatkan lagi ura-ura bahawa Fazura dan Fattah Amin telah bernikah.
Sehingga kini, pihak Fattah dan Fazura belum membuat sebarang pengesahan rasmi mengenai status terkini mereka.
Pasangan ini telah pun mengumumkan bahawa mereka akan membuat sidang media setelah pulang dari tanah suci Mekah nanti.
Fattah dan Fazura bersama kedua-dua keluarga mereka telah berlepas untuk mengerjakan umrah pada 15 November dan kesemua mereka dijangka pulang pada 23 November, hari Khamis ini.
Di laman media sosial, rata-rata orang ramai terutama peminat Fattah dan Fazura, suka dan gembira sekiranya benar-benar pasangan Fazura dan juga Fattah Amin telah bernikah. Bagi mereka, pasangan ini amat secocok sekali.
Diimbas kembali, Fattah Amin dan pelakon Nur Fazura mula bertemu di set penggambaran drama bersiri berjudul Hero Seorang Cinderella arahan pengarah popular michael Ang pada awal tahun lalu.
Apabila disatukan sebagai pelakon utama, chemistry yang baik membuatkan pasangan ini rapat dan ada spekulasi mengataakn mereka mula bercinta.
Namun begitu kedua dua mereka sering menafikan sedang bercinta dan mengatakan mereka berdua hanyalah teman rapat sahaja.
Pasangan ini turut membuat kejutan ketika sambutan hari lahir dengan memberi jambangan bunga.
Kemudian mereka berdua diraikan dalam satu majlis sambutan hari lahir.
Pelakon popular Fazura kini berumur 34 tahun lahir pada 23 September 1983 di Pekan Pahang.
Bintang popular, Fattah Amin pula kini berumur 27 tahun lahir pada 14 September di Kuala Lumpur.
Sumber: Mingguan Malaysia / Utusan
Blogger Comment
Facebook Comment