Isteri Nabil, Zira Ayub Pula Tampil Beri Komen


Sekarang ini sedang kecoh ada yang mempertikai cara pelawak popular, Nabil Ahmad mengacarakan program nyanyian Gegar Vaganza di Astro.

Memang ramai penonton dan netizen yang menghentam Nabil, kerana tidak suka cara Nabil yang suka menyampuk ketika juri Gegar Vaganza memberi komen.

Ada juga yang tidak bersetuju dengan Nabil yang sering mempersendakan ayat dan perkataan yang digunakan oleh juri dari Indonesia, Hetty Koes Endang.

Oleh kerana Nabil sering dikritik, isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub mendedahkan perkara yang terpalit kepada dirinya.

Zira Ayub mengaku dia turut terkena tempiasnya apabila netizen melemparkan komen berbaur negatif terhadap gaya pengacaraan suaminya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ini.

Isteri Nabil , bagaimanapun memilih untuk tidak masuk campur dalam urusan kerjaya suaminya walaupun IG miliknya turut menjadi mendan netizen menulis komen negatif.

Ini komen Zira:

"Semestinya sebagai isteri, saya turut terkena tempias apabila orang di luar sana mempertikaikan kerja Nabil. Namun, saya memandangnya dari segi positif dan menetapkan minda, ia hanyalah sebuah program televisyen.

"Begitupun, ada di kalangan netizen yang sengaja ingin menjatuhkan dengan melemparkan sesuatu kata-kata tanpa asas. Jadi, saya memilih untuk mengetepikan komen sebegitu. Namun, kritikan membina yang dapat membantu perkembangan kerjaya, saya jadikannya sebagai panduan atau rujukan.

"Sebagai pengacara, penting untuk seseorang menjadi dirinya sendiri, namun tetap memastikan sesebuah majlis atau acara lebih meriah dengan kreativiti tersendiri,"

Zira telah hadir ke konsert keempat Gegar Vaganza minggu keempat  Ahad lalu, di Bukit Jalil, sebagai tanda sokongan kepada suaminya yang mengendalikan rancangan itu bersama Jihan.

Ada beberapa lawak spontan Nabil ketika mengacarakan program nyanyian itu sebelum ini turut mengundang kritikan para penonton.

Selain itu, sikapnya yang sering mencelah ketika juri memberi komen dikatakan tidak bagus dipertontonkan.

Sebagai pengacara rancangan terbabit, Nabil dikatakan ada menyinggung sensitiviti sesetengah pihak menerusi jenakanya.

Antara yang lantang menegur Nabil Ahmad adalah Datuk Chef Wan.

Untuk pengetahuan ramai, setiap musim Gegar Vaganza, Nabil dan Jihan telah mengukuhkan namanya sebagai pengacara Gegar Vaganza.

Mereka berdua memang serasi di atas pentas dan berjaya menceriakan rancangan terbabit.

Namun, mereka berdua juga ada beberapa kali terpalit kontroversi menerusi lawak mereka ketika di atas pentas terutama Nabil Ahmad.

Nabil Ahmad dan Zira Ayub telah berkahwin pada 30 September 2011. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang amat comel-comel belaka.

Sumber: BeritaHarian
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment