"Dia persenda juri boleh, kena batang hidung sendiri sentap pula?'- Chef Wan kepada Nabil
Nampaknya isu panas Gegar Vaganza belum berakhir. Datuk Chef Wan kembali memberi pendapat kepada pengcara Gegar Vaganza iaitu Nabil setelah pelawak itu membalas tegurannya.
Datuk Chef Wan telah menulis beberapa komen di ruangan komen menjelaskan kenapa dia menulis di laman IG untuk menegur Nabil.
Chef Wan memberitahu, dia sudah berjumpa dengan Nabil dan menegurnya secara personal. Namun perkara ini tetap berulang.
Malah Chef Wan juga menulis bukan dia punca Nabil dikecam sebaliknya ianya datang dari Nabil sendiri.
Ini antara perbualan Chef Wan dengan salah seorang followernya.
kak_epal: Memang nak tegur kena guna sosial media ke. Tak boleh call mesej personal Nabil. Ke Nabil tak layan or block. Sorry. Saja nak tahu. Secara tak langsung Datuk dah mengajak semua orang mengecam menghina Nabil. Tak kata Nabil tak salah.
chefwan58: @kak_epal Tak baca ke my update on the 2nd GV tu yang saya dah jumpa dia dan nasihat dia baik-baik didalam bilik solek. He appologised to me and said he will try to improved his behaviour! U want to attack this issue on me? Please do your home work ok!!
chefwan58: @kak_epal nak tuduh saya caused people to hina dia...come on dah 4 tahun issue ini di ketengah kan sampai ramai Jury dah tegur sifat-sifat dia dengan lantang ok! U think about it la. Tiap-tiap minggu Tok Ram belasah dia dengan perkataan "Kurang ajor" dan tak belajar civics lagi. Jika saya maruah tu dah jatuh ke lantai pun.. So u stopped menyalah kan saya on this issues as perangai begini is not acceptable especially to the kids watching TV that is ok to behave kurang ajar dengan orang tua...faham?
Ini komen Chef Wan lagi:
Itulah kata-kata dari Chef Wan di laman Ig miliknya. Kata Chef Wan, mungkin Nabil tak faham apa yang cuba diperkatakannya.
Apapun, diharap kedua mereka dapat berdamai semula. Sebenarnya niat Chef Wan itu baik.
Harap Nabil terima sahajalah teguran Chef Wan itu dengan hati terbuka.
Sumber: Ig Chef Wan
Blogger Comment
Facebook Comment