Abam Gementar Nak Kahwin, Tak Sangka Gadis Bernama Hidayah Itu Sudi Kahwin Dengannya
Pelawak popular Abam mengumumkan akan mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.
Wanita yang bakal menjadi suri hati pelawak ini ialah kawan lama nya sendiri yang bernama Hidayah.
Hidayah merupakan wanita berumur 26 tahun dan berasal dari Sabak Bernam Selangor.
Kata Abam, sebelum ini dia pernah berkahwan dengan Hidayah namun hubungan terputus di tengah jalan kerana Abam ketika itu sibuk dengan kerjayanya yang sedang berada di puncak.
Namun ternyata jodoh mereka berdua kuat. Setelah hubungan kembali rapat, akhirnya Abam dan Hidayah mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama.
Sementara itu, Abam akui berasa agak gemuruh untuk berkahwin dan juga dia tidak menyangka sama sekali akan menjadi suami orang.
Abam juga tidak menyangka Hidayah sudi berkahwin dengannya.
Ini komen Abam:
"Ramai orang tanya samada saya sudah bersedia menjadi suami atau gementar menanti hari bahagia, tetapi sebenarnya perasaan ini lebih kepada tidak sangka ada juga wanita sudi menjadi surihati saya.
"Saya dan Hidayah mula berkawan sejak 2009, sebelum saya melangkah kaki ke Raja Lawak 6 lagi. Hubungan kami pernah putus sekejap.
"Tapi kalau dah jodoh, macam mana pun akan bertaut juga"
"Bukan berniat untuk merahsiakan perkara tersebut, tetapi saya tidak mahu ‘kecoh’ dahulu kerana bimbang tidak jadi.
"Untuk majlis pertunangan pula, kami akan bertunang pada 8 Disember pada sebelah pagi sebelum majlis pernikahan berlangsung"
Tentang majlis perkahwinan yang akan berlangsung, Abam dan Hidayah aakn disatukan di satu majlis yang akan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Sabak Bernam.
Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan keesokan harinya iaitu 9 Disember manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 20 Januari tahun depan di kediaman Abam, di Gombak.
Tahniah diucapkan kepada Abam dan bakal isterinya. Semoga segalanya berjalan lancar.
Sumber: Astro Gempak
Blogger Comment
Facebook Comment