Fattah Amin, Fazura Dikatakan Dah Nikah, Ini Pendedahan Pejabat Agama Petaling Yang Menyatakan Bahawa...
Sebelum ini kecoh apabila ada satu majlis di rumah nenek Fazura yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang hubungan Fazura dan pelakon paling popular di Malaysia iaitu Fattah Amin.
Majlis penuh rahsia itu dikatakan hanyalah untuk ahli keluarga dan juga teman rapat kepada Fazura dan juga Fattah Amin sahaja.
Ada 3 spekulasi yang timbul apabila majlis tertutup itu dibuat iaitu:
1) Pasangan ini dah bernikah.
2) Pasangan ini dah bertunang dan akan bernikah di Mekah.
3) Pasangan ini tak nikah, hanya majlis doa selamat.
Sehari selepas majlis itu diadakan, Fattah Amin dan Fazura bersama ahli keluarga masing-masing telah berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah bersama.
Pasangan ini akan membuat satu sidang media untuk mengumumkan sesuatu setalh mereka pulang dari Mekah pada 23 November nanti.
Oleh kerana ramai yang tak sbar nak tahu, ada pihak yang bertanya kepada pejabat agama, adakah pasangan ini ada membuat permohonan nikah.
Dalam satu kenyataan, apabila di tanya pihak wartawan, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling menyatakan bahawa tidak menerima sebarang permohonan pernikahan daripada pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura setakat ini.
Jurucakap PAID Petaling berkata, untuk pasangan yang hendak melangsungkan pernikahan permohonan itu perlu dikemukakan kepada pejabat agama Islam daerah di mana seseorang itu bermastautin.
Bagaimanapun katanya, tiada permohonan nikah diterima daripada artis berkenaan.
Ini kenyataan dari pejabat agama Petaling:
"Sehingga hari ini (semalam) kami tidak menerima sebarang permohonan nikah daripada mereka.
"Kita pun ada dengar mengenainya (spekulasi kedua-dua pelakon itu bernikah) namun setakat ini tiada apa-apa permohonan lagi,"
Dengan kenyataan dari pejabat agama ini, spekulasi bahawa pasangan ini telah bernikah di rumah nenek Fazura telah disahkan tidak benar.
Kini tinggal dua sahaja spekulasi yang timbul.Spekulasi pertama ialah majlis yang berlangsung adalah hanya majlis kenduri doa selamat.
Atau pun spekulasi kedua yang mengatakan bahawa mereka berdua telah bertunang, dan mungkin akan bernikah di Mekah ketika berada di sana bersma ahli keluarga.
Dikatakan Pengurus Fattah Amin bernama Acha mengesahkan majlis itu adalah kenduri dan doa selamat sempena kedua-duanya mengerjakan umrah.
Kedua-dua pelakon berkenaan berlepas ke Mekah tengah hari semalam untuk menunaikan umrah bersama keluarga terdekat.
Turut sama mengerjakan umrah adalah ibu dan bapa Fattah Amin selain ibu, adik serta bapa saudara Fazura.
Kesemua mereka dijangka pulang ke tanah air pada minggu depan.
Sumber: Harian Metro
Blogger Comment
Facebook Comment