"Nak cakap apa pun, cakaplah. Itu yang terbaik untuk Yusuf" - Hanis Zalikha
Pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen memang amat popular di media sosial Malaysia ini.
Setelah berkahwin, pasangan ini mempunyai anak kecil yang cukup popular iaitu Yusuf Iskandar.
Mana tidaknya, Yusuf Iskandar sahaja mempunyai ramai peminat yang tersendiri dan di laman Instagram, Yusuf Iskandar sudah ada 1.9 juta pengikut.
Memang popular keluarga Hariul Azreen dan Hanis Zalikha ini. Malah kucingnya bernama Bujibu juga mempunyai 1 juta follower. Amacam hebat kan kuasa media sosial keluarga ini.
Apabila menjadi popular di laman media sosial ini, sudah tentu pasangan ini akan sering menajdi tumpuan public dan sepeerti biasa banyaklah kecaman dan kritikan yang akan diterima.
Antara kritikan yang pasangan ini sering terima ialah cara penjagaan Yusuf Iskandar yang selalunya dipertikaikan oleh masyarakat.
Banyak kritikan yang Hanis dan Hairul terima dalam soal penjagaan anak seperti terlalu terdedah di media sosial dan juga dituduh eksploitasi anak, ada juga tak puas hati Yusuf bermain dengan kucingnya, ada kata dimanjakan secara terlalu mewah dan banyak lagi lah.
Oleh kerana cara penjagaan anak sering dipersoal, Hanis Zalikha berkata, dia kini tidak ambil pusing dengan kritikan netizen mengenai cara dia membesarkan anaknya itu.
Ini komen Hanis Zalikha:
"Saya sudah terbiasa dengan komen-komen netizen yang sentiasa tidak kena di mata mereka dan ada sahaja topik yang ingin diperkatakan.
"Nak cakap apa pun, cakaplah. Kami tak pernah kecil hati dengan komen orang luar dan kami tahu apa yang terbaik untuk Yusuf.
"Bukan saya sahaja yang menerima kritikan, malah anak artis lain turut menerima nasib yang sama. Ada saja yang mereka nak kritik!,"
Sementara itu, Hanis Zalikha akui dia suka berkongsi teknik dan cara penjagaan bayinya melalui laman sosial Instagram.
Katanya, ilmu yang dikongsikannya itu mungkin boleh diguna pakai oleh ibu muda dan akan menjadi tempat rujukan untuknya pada masa akan datang.
Ini komennya:
"Selain berkongsi ilmu dengan orang lain, mungkin satu hari nanti bila saya dah ada anak kedua, saya boleh baca semula apa yang saya kongsi di laman sosial.
"Nanti kalau dah terlupa cara penjagaan bayi, boleh cari di Instagram sendiri,"
Apabila ditanya tentang kerjayanya, Hanis Zalikha menyatakan dia masih belum bersedia untuk menerima tawaran lakonan kerana mahu memberi fokus kepada Yusuf Iskandar.
Ketika ini Yusuf Iskandar amat rapat dengannya dan tidak boleh berenggang dengannya.
Namun begitu, Hanis Zalikha tidak menolak untuk kembali aktif dalam industri seni pada masa hadapan.
Untuk pengetahuan, Hanis Zalikha berkahwin dengan Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor.
Anak pertama, Yusuf Iskandar lahir pada 3 Jun 2016.
Sumber: mStar
Blogger Comment
Facebook Comment