Hanis Zalikha Masuk Hospital, Sedang Hamil Anak Kedua?


Pelakon dan pengacara popular Hanis Zalikha baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-27.

Namun selebriti yang juga isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini telah dimasukkan ke hospital.

Satu perkongsian di laman sosial Instagram milik Hairul Azreen menunjukkan Hanis Zalikha terpaksa di tahan di wad.

Di gambar, Hanis Zalikha kelihatan pucat dan sedang menerima rawatan di hospital.

Dari kenyataan yang ditulis Hairul Azreen, isterinya itu terpaksa ditahan di wad selama beberapa hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Ini caption dari Hairul Azreen:

"Birthday girl masuk hospital. Get well soon Hanis Zalikha,"
 
"Rasanya hari ini Hanis masih belum boleh keluar lagi, kena tinggal tiga hingga empat hari lagi,"
 
Sebelum dikejarkan ke hospital, Hanis Zalikha diraikan dalam satu majlis sambutanhari lahir yang  sederhana bersama kenalan rapatnya di sebuah kafe.

Tidak lama selepas itu, Hairul Azreen memuatnaik gambar Hanis di hospital dan terus mendapat perhatian para peminat pasangan ini.

Banyak peminat yang memberi komen kata kata semangat dan mendoakan agar kesihatan pengacara itu kembali pulih seperti sediakala.

Tetapi secara tiba-tiba, ada peminat yang membuat spekulasi bahawa mengatakan Hanis Zalikha kini sedang hamil anak kedua.

"Yeay Yusuf nak dapat adik lagi," @mariatunfaharol.

"Baby Maldives? Get well soon dan tahniah," @littlemissaisyahaurora.

Ini antara komen dari para follower:



Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Yusuf Iskandar.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment