Joy Revfa Kata Pernikahan "SAH" Dan Pernah "BERSAMA", Hafiz Hamidun Tampil Beri Kenyataan Balas



Nampaknya kes antara Joy Revfa dan juga Hafiz Hamidun kembali hangat.

Hari ini Joy Revfa atau nama penuhnya Siti Arifah Amin ada menulis status yang panjang lebar di laman FB miliknya bahawa dia dan bekas suami, Datuk Ray Imran telah disahkan bercerai.

Joy Revfa juga mengatakan setelah pengesahan penceraian berlaku, sekaligus pernikahannya dengan Hamidun adalah sah disisi agama:

KENYATAAN JOY REVFA

Ini komen Joy Revfa:

"Tadi, hari ini bertarikh (10.10.17) Tuan Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami bermakna saya & bekas suami sudah sah cerai 2 tahun yg lalu.

"Nikah saya dengan “suami” sekarang adalah SAH di Malaysia. Tidak seperti apa yang individu bernama “suami” itu memutar cerita dengan fakta fakta yang seolah memusuhi & meyalahkan saya.

"Sebagai seorang suami sepatutnya kena mempertahankan wanita sebagai seorang isteri setelah tahu nikah/cerai sebelum ini tidak didaftarkan di Malaysia, bawa berbincang dan bukannya menjauhkan diri & tidak sepatutnya memberitahu isu rahsia ini & menfitnah isteri pd media namun semua nya telah tersebar melalui blog & media atas kepentingan diri.

"Since dia menceritakan “isu dalam kain” pada media yang dia tak pernah ‘menyentuh” bersama saya, saya berani menyatakan di sini itu adalah bohong & tidak benar sama sekali, kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yg saya tak daapt ceritakan demi menjaga aib dia.

Dari kenyataan itu, Joy rebfa mendakwa telah dianiaya oleh Hafiz Hamidun.

Joy Revfa juga mendedahkan bahawa mereka telah ‘bersama’. Malah, Joy Revfa begitu bersungguh-sungguh bersumpah bahawa mereka sememangnya pernah ‘bersama’.

Kemudiannya, Joy Revfa dengan sekeras-kerasnya  tidak mahu lagi menjadi isteri Hafiz Hamidun kerana Hafiz tidak layak menjadi imamnya dan bapa kepada anaknya.

RESPON BALAS HAFIZ HAMIDUN

Ramai yang tertunggu-tunggu apa respon dari Hafiz Hamidun. Sebentar tadi, penyanyi nasyid ini telah menafikan kenyataan Joy bahawa mereka telah ‘bersama’.

Hafiz Hamiudn juga telah  mempersoalkan kenapa Joy Revfa membuat kenyataan bahawa pernikahan mereka berdua pada 1 Mei lepas sah.

Ini komen Hafiz Hamidun:

"No, saya nafikan. Tak pernah bersama pun. Sah bercerai hari ni, kenapa dia nak cakap kahwin dia dengan say sah?

"Sabar dulu, kes mahkamah between saya and Arifah ni tak selesai pun lagi, tak perlu nak speculate apa2. Assalamualaikum. 

Itulah respon balas ringkas dari Hafiz Hamidun tentang isu ini. Kita tunggu perkembangan kes ini nanti.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment