Kenyataan Hafiz Hamidun Tidak Benar! - Datuk Ray Pertimbang Saman Hafiz Hamidun
Ini isu yang berbangkit dari kisah perkahwinan antara penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun dan usahawan berjaya, Joy Revfa.
Antara yang terpalit sama ialah bekas suami pertama Joy Revfa iaitu Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim yang lebih mesra disapa Datuk Ray.
Datuk Ray sebelum ini telah berkahwin dengan Joy Revfa dan mempunyai seorang anak lelaki.
Pasangan ini berkahwin di Thailand pada tahun 2014 dan perkahwinan tidak didaftarkan.
Joy revfa dan Datuk Ray kemudian telah bercerai pada tahun 2015.
Bekas suami Joy Revfa ini berasa lega kerana akhirnya segala urusan dengan Joy Revfa telahpun selesai setelah perkahwinan dan penceraiannya disahkan mahkamah.
Datu ray memohon maaf kerana membuatkan perkara ini berlarutan. Menurutnya, pernikahan dan penceraian bersama Joy tidak didaftarkan kerana mempunyai sebab tertentu.
Ini kenyataan Datuk Ray:
"Saya mohon maaf kepada semua,"
"Alhamdulillah kes melibatkan saya dan Joy selesai. Pendaftaran tidak dibuat kerana ada sebab teknikal,"
Sementara itu, Datuk Ray sekali lagi mengulangi untuk mempertimbangkan tindakan undang- undang terhadap pihak yang menabur fitnah terhadapnya.
Ini termasuk kenyataan yang dibuat suami baru bekas isterinya iaitu Hafiz Hamidun. jelasnya Hafiz Hamidun bercakap hal tidak benar.
Ini komennya lagi:
"Kenyataan Hafiz yang mengatakan saya tidak memberi kerjasama kepada Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand adalah tidak benar,"
"Saya kesal kerana teruk dikecam masyarakat dan reputasi terjejas,"
Datuk Ray menjelaskan pada peringkat awal, dia telah memberi sepenuh kerjasama kepada Joy untuk menyelesaikan perkara mereka sebelum bernikah dengan Hafiz Hamidun.
Sekarang semua pihak sedang menunggu keputusan mahkamah tentang status pengesahan pernikahan Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa
Blogger Comment
Facebook Comment