Dalam kejadian di bandar Anhui, Suzhou, mangsa yang asyik dan fokus dengan telefon bimbit, kakinya tersilap melangkah menyebabkan dia terjatuh.
Mangsa cuba mengimbangi badannya, malangnya gagal berbuat demikian lalu terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai.
Mangsa yang tidak sedarkan diri selepas kejadian itu, mengalami kecederaan dan pendarahan yang teruk di kepala dan mukanya, dikejarkan ke hospital.
Bagaimanapun, mangsa yang tidak diketahui identitinya itu dilaporkan meninggal dunia pada pagi keesokan harinya.
Masalah pengguna terlalu leka dengan telefon bimbit adalah masalah yang serius di China. Awal tahun ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilanggar sebuah kereta yang pemandunya sibuk menggunakan telefon menghubungi rakannya di wilayah Fujian.
Namun, adakalanya pengguna telefon bimbit di negara itu juga menggelikan hati netizen apabila ada yang terjatuh dalam kolam.
Blogger Comment
Facebook Comment