Ini Pendedahan Identiti Jejaka Kacak Yang Sedang Rapat Dengan Dato Sri Vida

Ini Pendedahan Identiti Jejaka Kacak Yang Sedang Rapat Dengan Dato Sri Vida



Datuk Seri Vida telah membuat pengakuan sedang mengenali hati seorang jejaka berasal dari Eropah yang berumur awal 30-an.

DS Vida telah membuat pendedahan tersebut malah berkata sudah ‘dirisik’ oleh jejaka berkenaan sehingga sanggup dating dari jauh ke kediamannya di Ipoh, Perak.

Jelas Vida lagi, pertemuan dengan jejaka itu diatur semasa sambutan hari raya baru-baru ini.

Ini pendedahan dari DS Vida:

JUMPA PADA HARI RAYA

"Kami sudah kenal beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon tapi hari raya baru-baru ini saya jemput dia untuk datang beraya di rumah.

"Terkejut jugalah sebab tak sangka dia sanggup datang dari jauh. Dah alang-alang, saya perkenalkanlah dia dengan ahli keluarga saya,"
 

CIRI LELAKI TERSEBUT

"Dia ada segalanya... kacak, bermata kelabu, rambut blonde, muda, bergaya dan seorang ahli perniagaan. Saya boleh katakan dia ada iras-iras David Beckham,".
 

TAK MAHU TERBURU-BURU

"Saya enggan terburu-buru kerana masih trauma dengan perkahwinan saya yang tidak bertahan lama sebelum ini.

"Biarlah kami berkawan terlebih dahulu. Jika sudah tertulis itu jodoh saya, siapa saya untuk menolaknya," 


IDENTITI LELAKI ITU

"Biarlah rahsia. Nanti bila dah sedia, saya beritahulah sayang-sayang semua,"


Sebelum ini memang ramai mahu mengahwini DS Vida dan yang paling ketara ialah Rani Kulup.

Semoga hubungan DS Vida dan jejaka Eropah itu semakin mekar sehingga naik pelamin.

Sumber: mStar
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment