Tidak salah jika pemilik memberikan 'sentuhan keajaiban' pada kereta masing-masing, namun pastikan ia menepati ciri-ciri keselamatan telah ditetapkan dan tidak melanggar peraturan JPJ.
Ada segelintir pengguna yang gemar memodifikasikan kereta mereka sama ada dari segi luar atau dalaman kereta. Tidak kurang juga yang gemar 'membuat' kereta mereka bertambah laju, namun pernahkah terfikir akan keupayaan kereta kita? Sudah tentu tidak.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Qasmi Ramli ini, mungkin para pembaca boleh mempertimbangkan semula, apakah selamat kereta anda yang telah dimodifikasi bagi mendapatkan kelajuan tinggi? Ingatlah, nyawa bukan boleh dibeli di kedai. Semoga bermanfaat.
UNTUK KAKI MOD PERODUA MYVI:
Hari ini ternampak satu kemalangan Myvi yang melanggar divider jalan. Dua orang mangsa (semua yang berada dalam kereta) meninggal dunia di tempat kejadian.
Saya pernah diupah untuk customkan Myvi Advance 1.5. Setelah separuh jalan modifikasi, saya terpaksa hentikan kerana chasis Myvi tidak sesuai untuk kelajuan melebihi 120km/h.
MODIFIKASI ROAD PERFORMANCE:
- Haltech ecu Sprint 5000
- Larger fuel injector 240c
- Elbach spring
- Rim 15 original Enkei
HASIL:
- Top speed 220km/h
KESELAMATAN:
- Chasis vibrate dan hampir koyak.
KEPUTUSAN:
- Myvi bukan kereta yang sesuai untuk modifikasi bagi mendapat kelajuan tinggi.
Harap terima pandangan saya kerana hari ini sudah terbukti Myvi tidak ada ciri-ciri chasis hardness.
Chasis Myvi - Foto Qasmi Ramli |
Vibration pada sekitar kawasan bulat, berlaku anjalan pada logam - Foto Qasmi Ramli |
Penumpang belakang hanya dilindungi oleh excel belakang sahaja. Gambar bawah kereta sebelah belakang. - Foto Qasmi Ramli |
Untuk tujuan keselamatan, pengguna Myvi / Azla boleh pasang bar UR ini - Foto Qasmi Ramli |
Kepada pengguna Myvi, posting saya hanya ingin menasihatkan anda supaya memandu mengikut keupayaan kereta anda dan skill set anda, bukannya mengikut nafsu. Ingat, bukan kita seorang sahaja pengguna jalan raya.
Bagi menjawab kemusykilan geng Myvi - Foto Awang Berani |
Bagi menjawab kemusykilan geng Myvi - Foto Awang Berani |
Saya menulis bukan nak viral sebenarnya tetapi saya kasihan pada mereka yang nak modifikasi Myvi mereka tanpa memikirkan aspek yang lain. Duit banyak dihabiskan namun nyawa yang dipertaruhkan.
Sumber: Qasmi Ramli
Blogger Comment
Facebook Comment