Kanser perut bermula apabila muncul sel-sel kanser di dalam lapisan dalaman perut. Perkara tak dijangka tentang kanser perut adalah ia berkembang perlahan-lahan dan selama bertahun-tahun. Jadi, adalah sangat penting untuk mengetahui tanda-tanda kanser perut untuk intervensi awal.
Bagaimanapun, saintis belum mengesahkan sebab utama mengapa punca sel-sel kanser yang tumbuh. Tetapi mereka telah membuktikan beberapa perkara yang boleh meningkatkan risiko penyakit ini adalah:
- Keradangan Dalam Usus (Gastrik)
- Anemia
- Jangkitan Dengan Bakteria Biasa, H.pylori
- Obesiti
- Pendedahan Kepada Asbestos
Walau bagaimanapun, jika anda mengetahui lebih awal tanda-tanda tertentu ketumbuhan perut, ia akan membantu anda untuk mendapat rawatan, dan jika ia dikesan awal, anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk meneruskan kehidupan
BERIKUT ADALAH TANDA-TANDA PERKEMBANGAN KANSER PERUT:
- Senak Atau Pedih Ulu Hati
- Loya Dan Muntah-muntah
- Cirit-birit Atau Sembelit
- Bengkak Di Dalam Perut Selepas Makan
- Hilang Selera Makan
- Kelemahan Atau Rasa Lesu
- Pendarahan (Muntah Darah Atau Mempunyai Darah Dalam Najis)
- Penurunan Berat Badan Secara Tiba-tiba
- Sakit Perut
- Ketidakselesaan Di Bahagian Abdomen, Biasanya Di Atas Pusat
- Pedih Ulu Hati Atau Ketidakcernaan
- Bengkak Atau Pertambahan Cecair Dalam Perut Anda
- Kiraan Sel Darah Merah Yang Rendah (Anemia)
Gejala-gejala ini juga biasa untuk penyakit-penyakit lain dan tidak selalu menunjukkan keadaan kesihatan yang lebih serius. Anda harus sedar bahawa jika gejala-gejala ini berterusan, atau jika ianya terjadi lebih kerap, anda perlu pergi berjumpa doktor dan menjalankan beberapa ujian dan analisis (ujian darah, upper endoscopy, ujian siri GI bahagian atas, biopsy).
SIAPAKAH DALAM BAHAYA?
- Orang yang berusia
- Jantina (lelaki adalah dua-pertiga lebih cenderung berbanding wanita)
- Merokok dan alkohol (risiko kanser perut dua kali ganda jika anda menggunakan tembakau)
- Pernah melakukan pembedahan perut
- Ahli keluarga dengan diagnosis ini
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment