Ini Kisah Bagaimana Ayah Bernama ‘Proton Saga’ Namakan Anaknya ‘Viva’



Tidak salah kalau saya mahu katakan, keluarga ini miliki nama paling unik di Malaysia. Bagi pasangan ibu bapa, mahu memilih nama terbaik buat anaknya bukan satu perkara mudah. Itulah yang berlaku kepada ayah pemilik nama unik ‘Proton Saga’ 33 tahun dahalu.
Pada awalnya, saya juga berasa sedikit janggal apabila mendapat berita ini, walaubagaimanapun saya terpaksa akui nama ini memang sungguh unik. Mana tidaknya, setiap kali terlintas Proton Saga, terus saya terbayangkan kereta Malaysia, tetapi kali ini nama yang sama adalah milik seorang insan yang baik hati.
Menurut laporan portal tempatan, sekitar 33 tahun dahulu Kelambu Jambi, 54 tahun memberikan nama anak sulongnya ‘Proton Saga’ iaitu semperna nama kereta nasional keluaran pertama Malaysia.
“Tak tahu nak letak nama apa masa tu, ada orang cadangkan Proton Saga, saya fikir bagus juga, jadi saya terus setuju.” Katanya ketika ditemu bual.
Oleh kerana tidak pandai membaca dan menulis ditambah pula dengan perasaan bingung ketika itu, seorang anggota polis Trolak mencadangkan nama tersebut kepadanya. Tanpa menyoal banyak, beliau terus bersetuju dengan nama tersebut. Itulah penceritaan awal kisah ini.
Meskipun nama ini mungkin kelihatan sedikit janggal, namun Kelambu Jambi sedikit pun tidak pernah menyesal malah berbangga setiap kali orang menyebut nama anaknya itu. Perkara ini turut diakui Proton Saga sendiri, beliau turut mengakui langsung tidak segan atau malu untuk memberitahu namanya jika ditanya. Sejak kecil lagi kawan-kawan sekampungnya juga tidak pernah mengejek atau mempermainkan namanya meskipun mereka tahu ia nama sebuah kereta.

Ikut Jejak Bapa

Ikut idea ayah, kini Proton Saga telah berkahwin dan memilik seorang cahaya mata dan menamakan anaknya dengan nama ‘Viva’ iaitu semperna kereta dihasilkan Perodua pada Mei 2007. Menurutnya, nama itu dicadangkan seorang jururawat di Tapah memandangkan pada ketika itu anaknya lahir dua bulan selepas model kereta itu dilancarkan.
“Macam bapa saya juga, waktu tu saya tak tahu nak letak nama apa. Kebetulan ada misi datang periksa isteri saya. Dia beri cadangan nama Viva. Saya dan isteri rasa itu unik dan terus setuju,” ujarnya
Dalam bergurau senda, beliau mengakui akan tersenyum setiap kali melihat Mykid anaknya tertera Viva Proton Saga. Viva kini berada di tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Selatan.
Apa pun, kami di Vocket berharap Viva Proton Saga suatu hari nanti akan menjadi antara orang yang menyumbang dan berbakti besar kepada negara tercinta Malaysia suatu hari nanti. Yeah!
Sumber: thevocket

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment