Menteri: Gaji RM12,000 Pun Ada Mohon BR1M



Kira-kira 600,000 permohonan baru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun ini ditolak kerana gaji pemohon melebihi RM4,000.
Menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara ribuan permohonan yang ditolak, ada beberapa individu berpendapatan antara RM8,000 hingga RM12,000 turut memohon BR1M.
“Kita terpaksa tolak 600,000 permohonan sebab gaji mereka melebihi RM4,000. Orang gaji RM12,000 pun ada yang memohon.
“Gaji lebih RM5,000 ada 260,000 orang yang memohon. Gaji dari RM6,000 ke RM8,000 ada dalam 40,000 ke 50,000 orang yang memohon. Dan berbelas-belas ribu orang daripada gaji RM8,000 hingga 12,000 yang memohon.
“Jadi sebab itu kita perlukan pengesahan kerana kita tak mahu kerajaan salurkan RM700 juta (wang BR1M) pada orang yang tak sepatutnya,” katanya seperti dipetik daripada Malaysia Kini.



Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment