Remaja & Wanita Malaysia ‘Suka’ Kongsi Gambar Lucah



Berdasarkan kaji selidik, seorang daripada 20 remaja perempuan dan wanita di Malaysia pernah menjadi mangsa jenayah siber apabila secara sukarela berkongsi gambar atau video lucah mereka kepada lelaki, sama ada dikenali ataupun tidak.
Tindakan yang dianggap tidak matang itu memakan diri apabila lelaki terbabit kemudian menggunakan bahan berkenaan untuk mengugut mangsa.

Lambakan gambar & video lucah wanita Malaysia di internet 

Pengarah Onemyr Awareness Management, Mohd Ridzman Azzahari, berkata berdasarkan pemantauan, pihaknya mendapati tidak kurang daripada 9,000 video dan gambar lucah remaja atau wanita Malaysia kini sudah dipertontonkan kepada khalayak awam di internet dan media sosial.
Pihaknya juga mendapati, ramai mangsa yang terlibat terdiri daripada pelajar sekolah dan penuntut univerisit. Mangsa paling muda berusia 10 tahun.
“Penjenayah maya juga tidak menyasarkan had umur tertentu untuk dijadikan mangsa ini kerana Onemyr ada pelajar berusia 10 tahun hingga golongan warga emas berusia 68 tahun yang menjadi mangsa,”katanya lagi.
Selain itu, ada juga kes yang membabitkan mangsa itu sendiri dengan rela hati memberikan gambar tidak sopan mereka kepada lelaki dikenali mahu pun tidak, tanpa alasan munasabah.
Kredit: Berita Harian

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment