“Anak Tiri Panggil Saya Mummy Princess”- King Coco



Instafamous yang sering mencetus kontroversi, Kingcoco mengakui, dia tidak menyangka dirinya hamil sebegitu cepat.
Menurut laporan Astro Gempak, Coco atau nama Marshaira Ismail, 20, berkata dia seperti sedang bermimpi dengan berita gembira tersebut.
“Rasa macam mimpi pula, tak sangka secepat ini saya mengandung.
“Pada mulanya saya merancang untuk mengambil anak angkat sebagai peneman kerana suami selalu tiada di rumah.
“Lagipun kami merancang untuk mempunyai zuriat sendiri dalam tempoh dua tahun selepas berkahwin tapi ini rezeki Allah.
Tambahnya lagi, dia sangat sukakan kanak-kanak dan sangat rapat dengan anak-anak tirinya.
“Saya tidak pernah tolak. Memang saya sukakan kanak-kanak malah, anak-anak tiri saya pun sangat rapat dengan saya sampai memanggil saya dengan nama Mummy Princess.
Menurutnya lagi, buat masa sekarang dia tidak alami lagi alahan yang teruk atau mengidam yang bukan-bukan.
Coco mengimpikan untuk mempunyai dua orang cahaya mata dan sudah mempunyai perancangan untuk anak-anak yang bakal dilahirkan.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment