Kolonel Pertahanan Awam (PA) Negeri, Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai isu viral tersebut yang difahamkan berlaku di Kuala Kangsar.
"APM sudah menjalankan modul latihan untuk membina jati diri murid dan pelajar lebih dari 10 siri sejak tiga tahun lalu. Namun kejadian yang menggunakan ular dalam program ini adalah kali pertama berlaku.
"Jadi kita musykil mengapa pihak pengurusan berkenaan menggunakan pendekatan itu kerana kita melarang sama sekali anggota bermain ular atau membuat pertunjukan permainan ular," katanya.
Jelas beliau, APM amat menitik beratkan keselamatan peserta dan amat berduka cita dengan kejadian yang berlaku meskipun kesemua peserta berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Terdahulu, video sekumpulan murid perempuan dipaksa meredah kolam yang dicampakkan ular itu kononnya bagi meningkatkan keberanian dalam diri mereka, mencetus amarah netizen.
Rata-rata netizen tidak mengecam tindakan pihak berkenaan menggunakan ular dalam program pembentukan jati diri yang dianggap tidak berguna, sebaliknya hanya mendatangkan trauma dan fobia.
Justeru, netizen mahu pihak-pihak yang terlibat dikenakan tindakan kerana perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku pada murid berusia 12 tahun ke bawah. - The Reporter
Justeru, netizen mahu pihak-pihak yang terlibat dikenakan tindakan kerana perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku pada murid berusia 12 tahun ke bawah. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment