Buah Tin Boleh Ditanam Di Malaysia. Ikuti Tips Disini



Buah tin merupakan buah yang sangat istimewa kerana merupakan buah yang disebut di dalam Al-Quran di dalam surah At-Tin ayat pertama yang berbunyi “Demi buah tin dan zaitun”. Nama buah tin juga tersemat di dalam satu hadis Rasullah saw yang berbunyi “ jika aku mengatakan ada buah yang turun dari syurga maka inilah buahnya (Tin)”.

Buah tin terkenal sebagai buah yang memiliki kandungan nutrisi yang lengkap, baik dari segi mineral dan juga vitamin sehingga ada yang melabelkannya sebagai super nutrition.

Pokok tin atau figs ini mula ditanam di Malaysia dan mendapat sambutan kerana ia merupakan pokok yang perlukan cahaya matahari dan suhu yang panas serta sesuai ditanam di kawasan tropika. Cara penanaman pokok tin ini Nampak mudah tetapi memerlukan penyelenggaraan dan penjagaan yang betul kerana pokok tin ini adalah sensitif dan perlu diberi perhatian yang secukupnya sehingga menghasilkan buah.

Penyediaan anak benih atau anak pokok

Sebiji buah tin kering digunakan, dipotong dan keluarkan biji di dalamnya. Rendam biji tin semalaman. Keesokan harinya, ambil biji benih yang tenggelam sahaja dan taburkan ke atas media campuran tanah, pasir dan sedikit kompos. Siram agar media sedikit lembap. Letakkan di tempat yang agak teduh dan tidak ditimpa hujan. Dalam 5 hingga 6 minggu, benih akan tumbuh. Pilih anak-anak benih yang paling besar dan cergas pertumbuhannya. Tanam di atas tanah atau dalam pasu dan jaga dengan baik.
 Kelebihan menanam dari biji benih ini adalah pokok akan mengeluarkan akar tunjang. Pokok yang mempunyai akar tunjang ini dapat bertahan dari tumbang apabila menjadi semakin besar. Pokok dari biji benih juga sesuai dijadikan pokok penanti.

Senarai biji benih yang rajin berbuah sesuai untuk anda yang baru hendak menanam pokok tin adalah seperti:
•    Khurtmani/red israel
•    Tena
•    Brownturkey
•    Purple jordan/purple yordan
•    Btm6 Hybrid
•    Texas everbearing
•    Brunswik/ Yellow wuhan
•    Negrune
•    Conadria
•    Xinjiang
•    Lsu gold
•    Maria
•    Taiwan Golden fig
•    Masui dauphine

Kaedah Tanaman

Menanam di dalam pasu mahupun polibeg besar adalah kaedah yang paling digalakkan. Tidak sesuai jika menggunakan pasu atau polibeg kecil kerana akar pokok akan penuh dalam masa yang singkat dan pertumbuhan akan terbantut selepas satu tahun jika ia tidak mempunyai ruang yang cukup. Pada lantai pasu atau polibeg masukkan batu-batu kecil bagi memastikan tanah tidak terkeluar bersama air siraman. Pokok tin tidak sesuai berada di dalam keadaan air bertakung. Keadaan itu akan mengakibatkan akarnya akan terganggu dan pertumbuhan pokok terbantut.

Penyediaan tanah
Untuk mendapatkan saliran yang baik buat campuran media seperti berikut:
•    5 bahagian pasir kasar
•    4 bahagian tanah merah
•    1/2 bahagian kompos
•    sedikit kapur pertanian
•    sedikit baja npk 15:15:15 (beli di nurseri)

Gaul campuran di atas bagi sebati dan isikan sebahagian pasu sahaja. Pastikan tanah di dalam polibeg berada bawah sedikit daripada bibir pasu. Sekiranya campuran tanah tidak cukup, tambahkan sedikit tanah bertujuan untuk memastikan pokok ditanam pada paras 3 cm dari bibir pasu.

Menanam Keratan Pokok

Tanamkan anak pokok di dalam pasu pada paras 3 cm dari bibir pasu. Isikan campuran tanah di sekeliling polibeg sehingga mencapai separuh ketinggian polibeg. Ingat anda perlu berhati-hati semasa meletakkan tanah agar akar pokok tin tidak terjejas. Anak pokok yang siap ditanam di dalam pasu boleh disiram sehingga tanah mulai basah. Jika air turun dengan baik, bermakna campuran tanah tadi adalah baik untuk pokok tin. Ini Siram sehari sekali tanpa membasahkan daunnya. Tempatkan pasu di tempat yang mendapat banyak cahaya matahari dan elakkan daripada hujan yang berterusan.

Pembajaan
Gunakan baja cecair untuk mengelakkan akar anak pokok rosak dan mati serta daun terbakar kerana kepanasan jika menggunakan baja biji. Jika anda memilih untuk  menggunakan baja biji, pastikan ia diberi pada kadar yang betul . Pembajaan yang sesuai adalah seminggu sekali. Pada peringkat ini pokok sudah matang dan sedia berbunga dan menghasilkan buah. Baja yang disyorkan adalah yang mengandungi kandungan K yang tinggi.   Selamat mencuba!

Sumber: http://ift.tt/2r265ST


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment