Tekanan Hebat Dari BN, Saya Menyesal Dan Mohon Maaf - Tony Fernandes



Hari ini, Tan Sri Tony Fernandes telah memuatnaik respon nya terhadap pelbagai isu yang melanda dirinya dan juga Air Asia.

Tony Fernandes telah mendedahkan bahawa dia terpaksa berdepan tekanan yang hebat sepanjang tempoh kempen PRU14 kali ini.

Ini semata-mata untuk menjamin masa depan kakitangan dan syarikatnya, selain memikirkan tanggungjawab terhadap rakyat serta negara.

Ini tulis Tony Fernandes di laman media Facebook miliknya petang tadi.

"Dear Malaysians, this is the awaited reply from me. This video explains why I made one of the toughest decisions ever for me. I’d also like to thank everyone who has continued to support me which meant so so much to me. AirAsia will continue to do its best to make millions of dreams come true."

Love, Tony

Ini videonya:



Ini antara intipati video dari video Tony itu.

ISU RAFIDAH AZIZ

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia itu mengakui ada kalanya terpaksa mengetepikan perasaan itu apabila diminta kerajaan Barisan Nasional supaya bertindak melakukan sesuatu yang dianggapnya sebagai tidak betul.

Contoh ada satu isu yang mana, beliau diminta supaya memecat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusi AirAsia X kerana berkempen untuk Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, kata Tony, beliau tidak mengendahkan desakan tersebut kerana menganggap ia tindakan yang salah.

Ini penjelasannya:

"Saya amat tertekan tetapi saya simpan. Jadi saya beritahu anda apa yang saya rasa bersandarkan kepada keputusan-keputusan ini. 

"AirAsia adalah industri di mana setiap perkara perlu mendapat kelulusan kerajaan dari penerbangan ke cukai lapangan terbang sehinggalah ke laluan penerbangan. Jadi tidak mudah untuk mengendalikan syarikat penerbangan.

"Sebuah syarikat penerbangan mesti sentiasa menyokong kerajaan memerintah. Apabila Tan Sri Rafidah terlibat dalam ceramah Pakatan Harapan saya diminta untuk memecatnya. Saya tolak kerana ia salah.

"Apabila impak dan populariti Tan Sri Rafidah meningkat, tekanan semakin memuncak. Ia semakin sukar dengan campur tangan dari Pejabat Perdana Menteri,".

ISU TAMBANG MURAH KETIKA PILIHANRAYA

Tekanan terhadap Tony Fernandes semakin memuncak apabila beliau diarahkan supaya membatalkan penerbangan selepas tawaran tambang murah kepada rakyat diketahui kerajaan BN.

Tambang murah sebenarnya akan meningkat jumlah pengundi untuk balik ke kampung masing-masing dan membuang undi.

Namun beliau berkata, keputusan menawarkan tambang murah itu dibuat atas tanggungjawab kepada rakyat.

Ini jelasnya:

"Rakyat gembira tetapi malangnya kami terus tertekan apabila kerajaan mengetahui bahawa kami membawa lebih ramai pengundi untuk balik mengundi.

"Dalam masa 24 jam kami telah dipanggil oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan diarahkan supaya membatalkan semua penerbangan tersebut. Ia sekali lagi memberikan tekanan hebat kepada kami,"

"Saya rasa sebagai syarikat penerbangan kita perlu berkhidmat kepada rakyat. Orang ramai mahu balik mengundi. Pada pilihan raya umum terdahulu, AirAsia bukan syarikat penerbangan besar tetapi kita boleh buat perubahan.

"Jadi kita tambah 120 penerbangan yang boleh membawa 26,000 penumpang, tambahan kepada penerbangan biasa. Kami juga mengurangkan tambang kepada RM99 bagi laluan domestik dan RM129 antara Semenanjung dan Sarawak," 


GAMBAR DENGAN DS NAJIB RAZAK

Pada masa sama, Tony turut memohon maaf di atas tindakannya bergambar bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kapal terbang AirAsia menggunakan logo BN.

"Tanpa berfikir panjang saya berfikir dengan membuat video ini yang saya rasakan agak neutral, berfakta dan pesawat dari Kota Kinabalu itu akan menyenangkan kerajaan serta melindungi pekerja kami dan yang lebih penting, intipati yang membolehkan lebih daripada 80 juta orang terbang setiap tahun dengan tambang murah.

"Mendapat tekanan hebat, saya terpaksa akur. Ia tidak betul, saya akan sentiasa menyesalinya...Saya memohon maaf sekali lagi kerana menyebabkan kedukaan dan kelukaan ini,".

Tony berpendapat langkah yang diambil itu boleh menyenangkan hati kerajaan yang memberi tekanan terhadap dirinya.

Meskipun terpaksa berbuat demikian, beliau berkata pendiriannya tetap sama seperti rakyat Malaysia yang mahukan pembaharuan untuk negara ini.

"Pendirian saya sama dengan anda semua. Saya percaya dengan Malaysia baharu ini dan akan terus berusaha untuk memastikan AirAsia dapat memenuhi mimpi semua rakyat Malaysia"

Ini video penuh Tony:


Sebelum ini, Tony Fernandes telah dikecam hebat oleh netizen apabila dilihat seolah-olah menyokong kempen BN ketika Najib menaiki pesawat penerbangan bertemakan manifesto 'Hebatkan Negaraku'.

PENJELASAN SYED SADDIQ

Bagaimanapun pada 11 Mei lalu, Ahli Parlimen PH Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan jutawan tersebut sebagai wira.

Ini kerana, Syed Saddiq menjelaskan, Tony tidak boleh disifatkan sebagai pengkhianat kerana tindakan AirAsia yang telah menawarkan diskaun tambang penerbangan dan menambah penerbangan ketika tempoh pilihan raya.

Sumber: mStar

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment