Ini Respon Zarina Zainuddin Setelah Zarina Anjoulie Buat Laporan Polis Ke Atas Ibunya

Ini Respon Zarina Zainuddin Setelah Zarina Anjoulie Buat Laporan Polis Ke Atas Ibunya


Baru-baru ini Zarina Anjoulie telah membuat report polis ke atas seorang ibu pelakon popular.

Baca kisah report polis itu DI SINI.

Rupa-rupanya, ibu pelakon itu merupakan ibu kepada Zarina Zainuddin yang dikenali sebagai Mama Zuras.

Perselisihan faham berlaku kerana masalah perniagaan antara Zarina Anjpulie dan ibu Zarina Zainuddin.

Mama Zuras mendakwa Zarina Anjoulie meniru rahsia produk kecantikannya dan menghasilkan produknya sendiri.

Isu paling besar ialah berkaitan sabun sireh dimana Mama Zuras mengatakan sabunnya lebih elok daripada yang dihasilkan oleh Zarina Anjoulie.

Isu ini menjadi hangat di Instagram dengan kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan.

Akhirnya Zarina Anjoulie membuat laporan polis terhadap Mama Zuras kerana tidak tahan sering diganggu di laman media sosial .

Menurut Zarina Anjoulie, sikap cemburu oleh Mama Zuras menjadi punca perkara ini terjadi.

Ini respon dari Zarina Zainuddin tentang kejadian ini.

"Memang saya marah apabila ada orang yang mengata, mencerca dan menghina ibu kerana siapa pun dia, dia tetap ibu saya dan saya tidak boleh menderhaka dengannya.

"Zarina Anjoulie ada menghubungi saya mengadu mengenai perkara itu dan saya hanya mampu mendengar saja. Saya tak mahu campur tangan atau jadi ‘batu api’ kerana tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Apapun saya mahu mereka berdamai. Takkan Zarina Anjoulie tidak terkenang langsung hubungannya yang amat rapat dengan ibu saya dulu. Sebagai anak pula, jika ibu saya yang bersalah, maafkanlah dia. Jangan dipanjangkan lagi isu itu. Ia adalah rezeki masing-masing dan tidak perlulah kita bergaduh kerananya.

Semoga isu ini dapat diselesaikan sebaik mungkin.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment