Saya Pun Tak Tahu Serbuan Rumah Najib - Tun Mahathir


Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jawapan apabila ditanya tentang soalan serbuan yang dibuat ke atas rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tun Mahathir mendakwa beliau tidak dimaklumkan tentang serbuan yang dilakukan pihak polis di beberapa kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang bermula malam semalam.

Perdana Menteri berkata, serbuan itu dipercayai dilakukan selepas polis mempunyai alasan kukuh untuk menyiasat kediaman Najib di Taman Duta dan di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.

Ini kenyataan Tun Mahathir:

"Polis ada SOP, standard of procedure"

"Saya pun tak dapat maklumat (mengenai serbuan). Ini kerja polis.

"Saya percaya serbuan ini dilakukan kerana polis mempunyai cukup alasan untuk melaksanakannya.

"Kita beri tugas kepada polis untuk menyiasat semua kes jenayah tanpa mengira siapa yang terbabit dan terpulang pada mereka yang menjalankan penyiasatan (untuk bertindak)," 

Ini sedikit sedutan video jawapan Tun M:


Tun Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau mengulas serbuan polis di kediaman Najib dengan lebih 15 kenderaan dan trak polis masuk ke pekarangan rumah bekas Perdana Menteri itu di Taman Duta, jam 10.15 malam semalam.

Sementara itu, puluhan anggota dan beberapa pegawai kanan Bukit Aman turut kelihatan di kediaman peribadi Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita awal pagi ini bahawa beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.

Peguam juga menyatakan pihak Najib sentiasa memberi kerjasama yang abik denagn pihak polis.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment