Ketika ini, ada dua artis yang amat popular menerusi kontroversi iaitu Uqasha Senrose dan juga Izreen Azminda.
Uqasha Senrose sering terpalit dengan beberapa kontroversi dan yang paling ketara adalah isu membuka tudung dan yang terbaru ada membawa barang terlarang.
Izreen pula diketahui ramai mula mencetuskan kontroversi setelah menjadi isteri kedua kepada Ude Wahid dan dituduh menjadi punca penceraian suaminya dengan isteri pertama.
Perasaan menyampah netizen terhadap dua pelakon iaitu Izreen Azminda dan Uqasha Senrose berhubung isu peribadi masing-masing sebenarnya turut menjejaskan orang sekeliling antaranya jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.
Alha menyatakan oleh kerana dia ada bekerjasama dengan kedua artis itu, dia turut menerima kritikan dan cacian netizen di laman sosial.
Malah, ada pengguna laman sosial yang mengugut untuk memboikot produk kosmetik di bawah jenamanya disebabkan kerjasama itu.
Alha yang juga telah bergelar jutawan kosmetik,telah tampil mendedahkan perangai kedua artis ini yang ramai tak tahu.
Ini video komen Alha:
"Saya memang sudah anggap mereka berdua ini seperti adik saya sendiri dan kontroversi yang ada pada mereka itu adalah sedikit kesilapan dan ujian buat mereka.
"Tentang Uqasha Senrose, kalau kenali dia, dia sangat 'caring' dan dah anggap saya macam abang, kalau ada masalah dia ada minta pandangan, dan sebagainya
"Disebabkan pernah memuat naik foto bersama Izreen, ada netizen yang menggunakan bahasa kesat dan memaki saya di laman tersebut serta mengugut untuk boikot produk saya,"
"Mereka berdua okey tapi sebab mereka adalah selebriti terus kena hentam teruk"
Alha ditemui di majlis Alha Alfa Cosmetics Awards and Gala Dinner di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Jurusolek popular ini pernah menyolek begitu ramai selebriti di Malaysia.
Ahli perniagaan ini berusia 30 tahun dan telah mencapai saat gemilang. Semoga terus sukses.
Sumber; mStar
Blogger Comment
Facebook Comment