Akhirnya Ini Respon Keluarga Syafiq Kyle
Pelakon popular Syafiq Kyle kini sedang diduga dengan kontroversi di bulan Ramadhan ini.
Penyebaran video itu bernar-benar membuat kan nama Syafiq Kyle menjadi buruan orang ramai.
Kini Syafiq telahpun memberi kenyataan tentang perkara itu yang mana dia tidak mahu terus membincangkan video berkenaan secara terus dan mahu ianya ditamatkan segera.
Isu ini yang hanya boleh menjejaskan tumpuannya dalam bidang lakonan.
Menerusi satu sidang media khas yang diadakan semalam bersama rakan media, pelakon ini memilih untuk tidak mengulas secara terperinci isu kontroversi yang melanda.
Pihak pengurusan Syafiq akan membantunya untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara profesional.
Kisah ini bukan sahaja memberi impak kepada dirinya, malah ianya turut memberi kesan buat keluarga.
Melalui Media Hiburan, Syafiq akui perkara ini bukan satu benda yang bagus dan sememangnya keluarga akan turut terkesan.
Ini kenyataan Syafiq Kyle:
"Apa pun benda tersebut, ia adalah benda yang tidak elok. Kenyataan yang keluar mengenai anak mereka misalnya saya berlakon, dapat terlibat dalam drama yang bagus dan sebagainya. Dan kemudian, kenyataan yang sama keluar menerusi medium sama tetapi ia sesuatu benda yang buruk pula.
"Sudah tentu sebelum mereka jatuh, saya sudah jatuh dulu. Apa yang berlaku adalah di luar pengetahuan mereka pun. Jadi tentunya mereka perlukan penjelasan daripada saya sendiri"
Namun, walaupun perlara ini berlaku, Syafiq meluahkan rasa syukur dan bangga kerana dia mempunyai keluarga yang banyak memberikan semangat di waktu susah sebegini.
"Saya bangga kerana ada keluarga yang sokong, sayangkan anaknya. Mereka merupakan support system saya yang ‘paling A’ ketika ini. Kalaulah tidak ada mereka, rasanya saya sendiri tidak akan hadir di sidang media."
"Rasa tiada semangat untuk datang"
"Tapi tipu kalau saya tak cakap benda ni akan memberi kesan kepada live mereka. Jadi saya kenalah bangun untuk tunjuk kepada mereka mengenai perkara yang lebih baik daripada ini. Sekurang-kurangnya sesuatu yang bagus"
Ditanya adakah keluarga terutama ibu bapanya menangis apabila mengetahui isu tersebut mulai diperkatakan, pelakon berusia 26 tahun ini menjawab;
"Rasanya dia (keluarga) menangis dulu sebelum dia jumpa saya…"
Semoga Syafiq Kyle sekeluarga tabah dengan dugaan di bulan Ramadhan ini. Mungkin ada hikmahnya.
Blogger Comment
Facebook Comment