"Dia Memang Mulut Cabul Tapi.." - Isteri Bongkar Perangai Aliff Syukri Yang Ramai Tak Tahu
Siapa yang tak kenal dengan nama Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris. Kini nama usahawan ini amat popular dan boleh dikatakan beliau lebih popular dari para selebriti.
Ada sahaja tindak tanduk Datuk Aliff Syukri yang sering menjadi viral dan sering menjadi topik bualan hangat orang ramai.
Di laman media sosial terutama Instagram, Aliff Syukri sudah memilik begitu ramai follower, sudah mencecah 2.4 juta follower.
Untuk pengetahuan, sudah 11 tahun usia perkahwinan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.
Pasangan ini sering berdepan dengan pelbagai kontroversi yang menimpa Aliff Syukri.
Untuk mengenali dengan lebih rapat tentang Aliff Syukri, sudah tentu kita perlu mendengar apa kata isterinya iaitu Shahida.
Melalui laporan portal Astro Gempak, peribadi usahawan kosmetik terkenal itu telah dibongkar daripada isterinya sendiri.
Akui Shahida, dia sering menerima simpati dari para netizen kerana mengatakan suaminya seorang yang gilakan publisiti.
Namun kata Shahida, ada sisi lain tentang Aliff Syukri yang ramai tak tahu.
Ini penjelasan dari Shahida:
"Bila orang komen kasihan isteri dapat suami sebegini tapi orang yang komen tak tahu siapa suami saya.
"Dia baik daripada orang lain. Lainnya dia (Aliff Syukri) dia tidak pernah keluar malam, tak melepak dan tidak mengutuk orang sesuka hati dia.
"Dia lebih pentingkan keluarga, malah kalau nak keluar pergi kedai bunga pun dia akan ajak saya.
Shahida juga mencerita bahawa, suaminya itu seorang yang amat sayangkan ibunya dan amat menghormati orang lain.
Ini komen Shahida lagi:
"Aliff Syukri seorang anak yang sangat sayangkan ibunya. Saya tidak pernah bertemu dengan lelaki sebaik ini yang sampaikan setiap kali masakkan hidangan untuk ibunya dia akan hias cantik-cantik. Kalau boleh suap pun dia akan suap.
"Jujur saya katakan, dia seorang lelaki yang sangat menghormati orang lain terutama yang lebih berusia.
Shaida juga mengatakan, memang mulut suaminya agak cabul namun Aliff Syukri cepat sejuk hatinya.
Ini pendedahan dari Shahida:
"Sepanjang hidup saya bersama dia, apa yang boleh saya simpulkan dia memang mulut cabul, tapi kalau marah dia cuma 5 minit kemudian sudah reda,"
Untuk pengetahuan, Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida yang telah berkahwin pada Ogos 2007 dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5. Shahida juga kini sedang hamil enam bulan.
Sumber; Astro Gempak
Blogger Comment
Facebook Comment