"Tak lalu nak tengok video Iqram" - Yusof Azmi Mahu Iqram Dinzly Mohon Maaf

 
Sebagai kawan kepada Iqram Dinzly, Yusuf Azmi mengakui tidak tahu punca yang membawa kepada perubahan kepda kelakuan pelakon tersebut.

Yusuf Azmi berkata, dia dapat melihat perubahan berlaku ke atas Iqram sejak kematian bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said.


Ayah kepada Iqram jatuh sakit dan kemudian pergi buat selamanya pada bulan Oktober yang lalu.

Ini pendedahan Yusof Azmi:

"Mungkin dia tertekan dengan kematian bapanya, mungkin juga dia mempunyai sedikit masalah peribadi, yang menyebabkan dia jadi begitu.

"Memang saya sendiri tak tahu mengapa dia jadi begitu,"

Yusuf Azmi menjelaskan, dia ada menonton video Iqram itu namun dalam masa sama turut mengaku tidak sanggup menonton keseluruhan video 'live' tersebut.

Ini komen Yusof Azmi:

"Saya ada tonton video tarian Iqram, tapi (tonton) tak habis, saya tak lalu nak tengok sampai tamat.

"Mungkin dia buat begitu untuk menarik balik pengikutnya di laman sosial,"

Iqram juga dilihat semakin kurus selain fesyen berserbannya yang mencetuskan tanda tanya.

Bapa Iqram Dinzly meninggal dunia 10 Oktober lalu kerana penyakit diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.

Kini Iqram tinggal bersama ibunya di Ipoh Perak.

Yusuf dalam masa sama turut menasihatkan Iqram Dinzly untuk memohon maaf sekiranya perilakunya menyinggung mana-mana pihak.

Ini nasihat dari yusof Azmi:

"Sebagai sahabat, saya nasihatkan Iqram untuk minta maaf sekiranya apa yang dilakukan dibuat dalam keadaan tertekan atau ditujukan kepada seseorang (dalam bentuk protes).

"Dari sudut akhlak, memang salah, jika apa yang dilakukan dibuat untuk tujuan kontroversi, itu tak boleh,"

Itulah kenyataan dari Yusof Azmi tentang rakannya pelakon Iqram Dinzly yang kini mendapat perhatian ramai.

Iqram Dinzly dikatakan sering tampil dengan gaya pelik keika muncul live di laman Instagram sejak kebelakangan ini.

Pelakon ini juga ada mengamuk dan menyalahkan netizen di atas apa yang berlaku.

Sumber: mStar / Sinar
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment