Sufian Suhaimi, Elfiora Loy Dah Tak Follow Instagram Masing-Masing, Ini Pendedahannya
Pelakon dan penyanyi popular Elfira Loya dan Sufian Suhaimi telahpun bertunang pada bulan Oktober yang lalu.
Sejak bertunang, banyak juga berita tentang pasangan ini. Ada sahaja pihak yang bertanyakan kisah mereka sehingga menimbulkan spekulasi.
Sebelum ini, mereka dikatakan sudah tidak bertemu selama sebulan. Namun Sufian nafi mereka bermasalah sebaliknya masing-masing sibuk.
Walaupun tak berjumpa, mereka masih berhubung melalui telefon, kata Sufian Suhaimi.
Yang terbaru, kedua-dua mereka ini kini sudah tidak follow laman Instagram masing-masing. Sufian Suhaimi tampil menjelaskan perkara sebenar.
Kata Sufian, dia dan tunangnya, Elfira Loy tidak follow laman Instagram masing-masing adalah disebabkan masalah teknikal.
Sufian,menyatakan dia dan Elfira Loy sudah beberapa kali cuba untuk follow semula akaun Instagram masing-masing namun tidak berjaya dan tidak tahu bagaimana perkara tersebut boleh terjadi.
Ini penjelasan dari Sufian Suhaimi:
"Saya sendiri tidak tahu macam mana saya dan Elfira tidak mengikuti laman Instagram masing-masing. Secara tiba-tiba saya tengok dah tak follow.
"Dah banyak kali kami cuba untuk ikuti semula namun tidak berjaya. Saya tak tahu macam mana mereka atau Instagram boleh buat macam itu,"
Sufian diminta mengulas mengenai dia dan pelakon wanita itu dilihat saling tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing.
Menurut Sufian, mereka tidak mempunyai sebarang masalah dan hubungan selain masih lagi baik biarpun hanya berhubung menerusi telifon.
Bagaimanapun, Sufian tidak menafikan mereka ada melalui ujian pertunangan yang berpunca daripada orang sekeliling.
Ini penjelasan Sufian Suhaimi:
"Saya dan Elfira masih lagi baik dan tidak ada apa-apa masalah. Walaupun kami dah lama tidak jumpa tapi setiap hari berhubung menerusi telefon.
"Memang saya akui kami ada lalui ujian pertunangan seperti orang lain. Tapi ia bukan berpunca daripada saya atau Elfira.
"Tapi daripada orang di sekeliling kami sendiri. Saya harap semua doa yang baik-baik buat kami berdua,"
Sehingga kini, Sufian dan Elfira tidak menetapkan tarikh perkahwinan lagi.
Perancangan awal untuk berkahwin mereka pada bulan Mac 2018 namun Sufian memberitahu dia dan Elfira belum lagi mempunyai tarikh sebenar pernikahan.
Kata Sufian, mereka juga belum melakukan persiapan disebabkan sibuk dengan urusan masing-masing namun akan berkongsi perkara itu tidak lama lagi.
"Tarikh yang diberitahu masa majlis pertunangan itu hanya perancangan sahaja. Kami belum menetapkan lagi tarikh sebenar untuk bernikah.
"Persiapan pun belum buat lagi sebab masing-masing sibuk. Saya sekarang tengah sibuk nak habiskan Ijazah Sarjana dan Elfira pun sibuk dengan kerjanya.
"Insya-Allah bila dah ada semuanya, kami akan berkongsi dengan semua orang,"
Itulah penjelasan dari Sufian Suhaimi tentang isu ini.
Untuk pengetahuan, penyanyi ini menghantar rombongan merisik Elfira Loy selepas empat bulan berkawan rapat dan mereka mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu di Cheras, Kuala Lumpur.
Sufian Suhaimi mula popular menerusi lagu Terakhir yang menjadi siulan para remaja pada tahun 2016.
Penyanyi ni tidak menoleh kebelakang menerusi beberapa lagu yang hit seperti Harus Aku dan yang terbaru lagu Terasa Ada.
Elfira Loy pula seorang pelakon yang amat popular dan mula berjinak dalam dunia hiburan sejak awal remaja.
Kini pada usia 23 tahun, Elfira Loytelah berlakon berpuluh-puluh drama dan beberapa iklan.
Elfira Loy juga pernah berlakon beberapa filem seperti filem Danping Malam, Rentap dan Ribbit. -BeritaMemey
Sumber: mStar
Blogger Comment
Facebook Comment