"Siapa Fathia? Meroyan Bising, Pergi Buat Bigo Live Je Lah.." - Azwan Ali

 
Nampaknya nama Fathia Latiff naik lagi. Selepas pelakon Dira Abu Zahar mengkritik pelakon ini, kini giliran pengacara tersohor penuh kontroversi iaitu Azwan Ali memberi komen kepadanya.

Azwan Ali yang lebih mesra disapa Diva AA telah melabel pelakon Nur Fathia Latif yang disifatkan nya sebagai masih mentah dan belum sampai ke tahap primadona untuk melontarkan pendapatnya teritama dalam bidang politik dan hal kerajaan.

Kata Azwan Ali, sebenarnya tidak salah sekiranya seseorang artis itu mahu bersuara tetapi biar berpada-pada selain menilai diri dan pencapaian dalam industri seni.

Ini kenyataan pengacara ini:

"Dia (Fathia) siapa? Siapa pelakon Malaysia yang hebat? (Contohnya) Erra Fazira lah. Ini Erra Fazira yang primadona itu pun diam saja.

"Saya bukan dengki dengan dia tapi bukan masa dia nak bercakap, dia budak baru sangat. Ke dia nak cari populariti?," 

Azwan berkata demikian ketika berjumpa dengan beberap wartawan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017.

Adik kepada Azmin Ali ini turut menasihatkan Fathia Latiff yang digambarkan 'masih berhingus' itu supaya perbaiki kerjaya lakonannya terlebih dahulu.

Ini katanya lagi:

"Itulah kau dik, bak kata Dira pergi belajar berlakon kan? Kau sibuk nak perjuangkan politik.

"Lepas itu kau meroyan bising dapat peluru... pergi buat Bigo Live lah bahagian dua,"

Kata sinis dari Azwan Ali itu merujuk mengenai kontroversi video Bigo yang dikaitkan dengan Fathia Latiff sehingga menjadi tular.

Sebelum ini Fathia Latiff  mendakwa telah diserang oleh seorang individu sehingga mengugut untuk menembaknya.

Rabu lalu, Dira yang juga Exco Puteri Umno dalam ucapannya sempena PAU 2017 menyelar tindakan Fathia LAtif yang lantang bersuara di media sosial miliknya.
Dira menasihati dan memerli Fathia Latiff yang digambarkan hanya tahu menulis di laman media sosial sahaj tanpa turun padang untuk melihat masalah masyarakat.

Fathia Latiff juga dinasihatkan untuk perbaiki mutu lakonan terlebih dahulu sebelum mencampuri hal ehwal kerajaan.

Sumber: mStar
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment