Fattah Amin, Fazura Dedah Nama Bakal Anaknya, Dah Sediakan Dua Nama
Pasangan sama cantik sama padan, pelakon Fattah Amin dan Fazura rupanya telah berfikir jauh tentang nama bakal anak mereka.
Fattah Amin akhirnya telah mendedahkan bahawa mereka berdua telahpun memilih dua nama untuk anaknya.
Pemilihan nama anak ini dibuat ketika pasangan ini pergi mengerjakan Umrah di kota suci Makkah bersama Fazura pada awal November lalu.
Dua nama itu ialah Fatimah Aishah jika dikurniakan cahaya mata perempuan manakala Fath bagi anak lelaki.
Ini pendedahan Fattah Amin:
"Kalau anak perempuan Fatimah Aishah, nanti kalau tengok filem Ayat-Ayat Cinta 2 ada nama watak itu.
"Kalau lelaki pula saya pilih Fath iaitu ada nama Fattah dan Fazura,"
Sedap juga nama anak-anak Fattah Amin dan Fazura ini. Simple, klasik dan best. Tidak melampau-lampau dan tidak terlalu moden, sesuai sangat.
Fatimah itu merupakan nama anak kepada Baginda manakala Aisyah itu merupakan nama isteri Baginda.
Manakala nama Fath pula membawa maksud "pembuka, kemenanganku".
Pendedahan nama ini, apabila Fattah Amin berkongsi kisah berkenaan dalam temubual di segmen Johara Pagi Era, Era FM, pagi Selasa.
Fattah Amin menjadi tetamu undangan stesen radio berkenaan bagi mempromosi drama terbaharunya berjudul My Coffee Prince, lakonan dengan Janna Nick.
Fattah berkata, dia kini sedang berehat daripada sebarang komitmen kerja dan bakal berbulan madu di United Kingdom tidak lama lagi.
Ini komen Fattah Amin lagi:
"Saya sedang bercuti dan akan berbulan madu dahulu, kemudian sibuk dengan persiapan resepsi kami pada Januari depan,"
Pelakon Fattah dan Nur Fazura yang berkahwin pada 27 November lalu dalam sebuah majlis tertutup iaitu lima hari selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah.
Ramai yang tak sabar nak lihat Fazura berbadan dua dan seterusnya dikurniakan cahaya mata bersama Fattah Amin. Mesti comel belaka anaknya.
Sumber: mStar
Blogger Comment
Facebook Comment