"Cara Datuk Chef Wan Tegur Buka Peluang Orang Hina Saya.." - Nabil Upload Video Khas, Balas Teguran Chef Wan


Baru-baru ini, chef paling popukar di Malaysia, Datuk Chef Wan telah tampil menegur sikap pelawak Nabil Ahmad di atas pentas ketika mengacarakan Gegar Vaganza musim ke empat.

Sekali lagi Datuk Chef Wan menegaskan perbuatan Nabil suka mencelah ketika juri memberi komen adalah tidak bagus.

Chef Wan juga kurang gemar dengan sikap kedua-dua pengacara yang kadangkala mempermainkan kata-kata yang dilontarkan oleh juri Indonesia, Hetty Koes Endang.

Bagi Chef Wan, tindakan suka menyampuk ini adalah amat tidak baik, dan merupakan contoh tidak elok kepada anak-anak yang turut menonton rancangan ini.

Apabila ditegur secara terbuka, teguran Chef Wan itu menjadi viral dan tersebar meluas di laman media sosial.

Terkesan dengan teguran Chef Wan itu, Nabil Ahmad tampil memberi respon balas.

Nabil telah membuat satu video yang ditujukan khas buat Chef Wan.

Pelawak dan pengacara popular ini ternyata tidak gemar dengan cara Chef Wan yang menegur melalui Instagram.

Kata Nabil, perbuatan Chef Wan itu telah membuka peluang orang ramai untuk menghinanya secara terbuka.

Ini komen dan respon balas dari Nabil kepada Chef Wan:

'Video ini ditujukan khas buat Datuk Chef Wan. Whats wrong Datuk, you need some attention, okey i'll give you some.

'First of all, thank you so much  Datuk for your advice, amat berguna dan amat bermanfaat, insyallah saya akan praktik kan, saya cuba.

'Kedua, saya nak share dengan Datuk pepatah Inggeris berbunyi, "It's Not What You Say, But How You Say It, Its not about what you do, but how you do it"

'Cara Datuk nasihat saya melalui laman Instagram, membuka ruang orang ramai untuk caci, hina, maki saya.

'Datuk, Gegar Vaganza dah empat musim, cara sama, konsep sama, pengacara sama, ada tempat yang betul dan cara yang betul untuk beri pendapat.

'Saya mohon ampun dan maaf sekiranya saya terkasar bahasa.

'Kepada semua yang menonton Gegar Vaganza, terima kasih atas sokongan anda, saya akan cuba untuk perbaiki mutu pengacaraan saya.

'Terima kasih Datuk Professor Chef Wan.

Ini video penuh:


Itulah respon balas dari Nabil AHmad kepada Datuk Chef Wan.

Nabil Ahmad mengatakan ada cara yang lebih baik dan cara yang betul untuk menegurnya daripada menggunakan medium sosial media Instagram.

Pengacara ini turut memohon maaf sekiranya dia ada terkasar bahasa ketika membuat video itu.

Sumber: Oh Bulan



Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment