Aaron Aziz Masuk Hospital lagi.. Alami Saat Cemas, Bertarung Nyawa
Pelakon popular berasal dari Singapura, Aaron Aziz berkongsi detik cemas yang dilalui oleh baru-baru ini.
Bintang Paling Popular untuk tahun 2011 dan 2013 itu mendedahkan, kesakitan yang dialami seperti saat nyawanya seperti mahu dicabut dan diambil Illahi.
Aaron Aziz yang kini berumur 41 tahun, menerusi akaun Instagram (IG) miliknya memuat naik keadaannya yang kini sedang terlantar di hospital.
Tangan Aaron Aziz dilihat sudah tercucuk jarum IV line, dan sedang baring di atas katil di hospital.
Di gambar yang dimuat naik itu, Aaron Aziz menceritakan detik yang berlaku.
Katanya, secara tiba tiba, dia merasakan suhu badannya naik dengan amat tinggi secara mendadak mencecah 39.3 darjah celcious.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku malam semalam dan dia rasa seperti hendak tumbang dan seperti nyawanya akan ditarik malaikat maut.
Apa yang terlintas difikirannya ketika itu adalah anak-anaknya serta keluarga yang tercinta.
Ketika detik cemas itu berlaku, Aaron Aziz sempat bermohon kepada Tuhan agar nyawanya tidak dicabut dengan cara sebegini kerana banyak perkara yang belum diselesaikan.
Ini tulisnya:
Baru je buat video tentang orang sakit. Semalam tiba tiba temperature naik 39.3
Anak anak dah menangis. Felt like it was my time to go.
Funny thing was at work we talking about "AdamMukhriz" bertarung nyawa untuk keluarga.
Last night ALLAH gave me a lesson I will never forget. It came like the wind and body total shutdown. But in my Head was nothing but my kids n family.
Told ALLAH please my work not done. Please don’t take me back like this.
Semoga Aaron Aziz sembuh seperti sedia kala. Mungkin sakit itu ada hikmahnya. Get well soo, Aaron!
Blogger Comment
Facebook Comment