"Saya Dah Jangka..." - Farid Kamil

"Saya Dah Jangka..." - Farid Kamil


Farid Kamil membuat kenyataan bahawa dia sudah dapat menjangkakan isterinya, Diana Danielle akan memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29)

Diana Danielle memenangi anugerah tersebut menerusi filem berjudul Hanyut.

Hanyut menyaksikan Diana Danielle melakonkan watak anak perempuan kepada seorang warga 'orang putih'.

Farid Kamil menyatakan lakonan Diana dalam filem tersebut amat matang.

Ini komennya:

"Saya sudah boleh agak dia akan menang kerana ketika menonton filem itu, saya terkejut melihat kematangan watak yang dibawa oleh Diana.

"Pada malam kemuncak FFM29 saya ada penggambaran drama dan mengetahui mengenai kemenangan Diana melalui seorang teman.


"Saya melompat gembira kerana tekaan tepat dan berbangga dengan pencapaiannya,"


Tentang perkembangan terkininya, Farid Kamil bakal muncul denagn filem terbaru di pawagam berjudul Tombiruo: Penunggu Rimba berganding dengan Zul Ariffin.

Filem itu dijangka bakal mendapat sambutan hangat.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment