Laparan Polis Dibuat Isu Dato Red Tipu Jual Tanah.. Ini Respon Dato Red
Suami kepada penyanyi popular Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Dato Red telah dituduh melakukan kegiatan menipu dalam perniagaannya.
Ada satu blog pada Isnin lalu mendedahkan perbuatan Dato Red menerusi syarikat ADN Properties Sdn Bhd yang didakwa terlibat dengan kegiatan penipuan penjualan tanah.
Apabila kes dakwaan ini tersebar, Dato Red telah tampil membuat ;aoran polis untuk membersihkan namanya.
Dato Red juga manfikan perkara berkenaan yang dikatakan hanyalah fitnah.
Ternyaat suami Adira ini terkejut dengan penyebaran fitnah terhadap dirinya dan menegaskan dia tidak ada kaitan dengan kes isu hartanah.
Ini penjelasan Dato Red:
"Sidang media dalam video itu sudah lama sekitar bulan Jun lalu dan mereka bercakap mengenai syarikat lain dan bukannya syarikat saya.
"Tetapi pihak tidak bertanggungjawab ini menyelitkan artikel seolah-olah mereka sedang bercakap mengenai syarikat saya dan terus menjatuhkan hukum kata saya penipu tanpa mengetahui cerita sebenar.
"Jika hendak bercakap tentang peribadi saya silakan... tetapi memfitnah syarikat dan perniagaan saya tanpa usul periksa itu saya tidak boleh terima,"
"Saya tahu siapa yang sedang diperkatakan Yusof Azmi dalam video itu kerana PPIM pernah meminta bantuan saya untuk menjejak dalang-dalang ini.
"Tetapi kami lakukan secara senyap kerana tidak mahu mereka ini tahu aktiviti mereka sedang diperhatikan,"
"Kalau betul saya terbabit dan didapati bersalah barulah jatuh hukum kepada saya... katalah apa hendak kata.
"Tetapi kami tak terlibat pun dah kena macam-macam fitnah. Apa-apa pun saya serah kepada pihak berkuasa jalankan siasatan,"
"Memang beri kesan tetapi ingin saya tegaskan di sini syarikat kami tidak jual tanah orang pihak ketiga tapi saya jual tanah atas nama saya sendiri yang saya beli.
"Sebelum sebarang pembelian dibuat kami akan tunjuk dahulu geran asal tanah dan saya bukannya jual rumah,"
Dato Red melakukan penjualan tanah lot di beberapa daerah antaranya Hulu Langat, Sungai Buloh dan Kajang.
Dia kini telah menyerahkan kepada PPIM dan pihak polis untuk menguruskan hal ini dan bersedia sekiranya ada bukti mengatakan dia terlibat atau bersalah.
Sumber: mStar
Blogger Comment
Facebook Comment