'Saya tak menyesal makan ikan Flower Horn goreng yang berharga RM2,845'


IPOH, PERAK - Semalam viral di media sosial seorang lelaki mendakwa dia telah mengambil ikan Flower Horn yang dibela rakannya dalam akuarium untuk digoreng dan dimakan, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Bagaimanapun, tidak sampai tiga jam perkongsian itu dikongsikan di laman Facebook group Masak Apa Hari Ni (MAHN), lelaki itu telah memadamkan post tersebut tanpa diketahui sebabnya. 

Setelah diselidik, rupa-rupanya lelaki itu hanya mereka cerita dan gambar-gambar yang dimuat naik itu sebenarnya bukan miliknya. 

Hasil pencarian di media sosial, gambar-gambar itu sebenarnya milik seorang pemilik kedai Zaf Design (kedai pelekat kereta), Muhammad Firdaus Othman, berusia 28 tahun. 

12 Julai lalu, Firdaus memuat naik gambar dan video proses memasak ikan flower horn itu di Facebooknya. 



"Okaylah rasa dia, macam rasa ikan Talapia. Sebenarnya bonjol di kepala ikan flower honr itu terkandung lemak ikan dengan daging sikit. Macam agar-agar lembik tetapi kenyal," katanya. 

Perkongsian Firdaus itu kemudian viral dan telah dikongsi 9,029 kali di Facebook, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

14 Julai, Firdaus mengemaskini post tersebut dan berkongsikan apa yang netizen perlu tahu mengenai ikan flower horn yang dimasaknya itu. 

"Yes, it's tasty, sweet and juicy. Served hot righ away from pan. Super delicious fried fish. 

"What do you mean cannot be eat? Fish is kind of food. That vivid and beautiful look doesnt mean you can't touch it. 

"Yes, it's expensive. That hump on her head is nothing but fat. We remove them. Why I eat this fish? What? Why not?" katanya. 






Jelas Firdaus lagi, dia tidak tahu kenapa ramai yang bertanya soalan 'boleh makan ke ikan tu?'. Dia hanya mampu menjawab, "Kenapa tidak?". 

Difahamkan, Firdaus membeli ikan flower horn itu dengan harga RM2,845, bukan untuk dibela dalam akuarium, tetapi untuk dimakan. Dia tidak mempunyai masa untuk membela ikan berikutan sibuk dengan perniagaan di Zaf Design.

"Saya beli untuk makan. Saya tak ada akuarium pun. Sebenarnya saya ini berniaga, buka studio wrapping kereta. Jadi, saya tiada masa nak pelihara ikan. 

"Ikan itu sedap. Saya tak menyesal makan ikan flower horn goreng yang berharga RM2,845," katanya.

Firdaus tidak menafikan post mengenai ikan flower horn itu sangat cepat viral di Facebook, sehingga ke Thailand, Indonesia dan Singapura. Tidak kurang juga, ramai penggemar ikan jenis itu yang 'terasa hati' dengan tindakannya itu. 

"Ramai yang butthurt tengok ikan kesayangan kena makan. Sampai ada yang menghubungi saya di Facebook, marah-marah saya," katanya. 


Mengenai perniagaan yang diusahakan dengan rakannya, Firdaus berkata, sebaik saja tamat belajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam bidang Mekanikal Automotif pada 2012, Firdaus yang ketika itu berusia 25 tahun terus bekerja selama setahun sebelum membuka kedai Zaf Design. Ini kerana minatnya yang mendalam dengan dunia automotif. 

Zaf Degisn amat dikenali ramai khususnya peminat pengubahsuaian kereta berikutan hasil kerja yang teliti dan kemas. 

Firdaus dan team Zaf Design
Antara pencapaian terbaik Zaf Design, Mini Cooper ini pernah masuk trending 'Best Minit Cooper Look 2016' di sebuah laman Jerman
Kepada mereka yang berminat menggunakan khidmat Zaf Design, bolehlah datang ke premis Zaf Design yang beralamat di No, 43, Jalan Lapangan Cyber 10, Bandar Siber, Ipoh Perak. Zaf Design mula beroperasi dari jam 11 pagi hingga 6 malam setiap hari kecuali Jumaat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Zaf Design di http://ift.tt/2t9Gdpd




Berita berkaitan:
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment