Alasan Bekas Suami Tak Munasabah, Elly Mazlein Ketawa Dengar Permohonan Suami Di Mahkamah
Elly Mazlein dan bekas suami, Azmi Hatta gagal capai kata putus terhadap nilai tuntutan nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia yang kini sudah berusia setahun.
Azmi Hatta telah membuat permohonan untuk mengurangkan tuntutan nafkah yang telah ditetapkan mahkamah sebelum ini bernilai RM1,500 sebulan kepada RM500 sebulan.
Alasan yang diberikan oleh Azmi Hatta juga dikatakan tidak munasabah, jom baca komen Elly Mazlein.
Ini pendedahan Elly Mazlein:
“Alasan utamanya adalah disebabkan dia terpaksa menanggung kos bayaran motosikal berkuasa tinggi berjumlah RM1,150 sebulan.
“Bagi saya alasan itu tidak munasabah. Sebab itu saya berkeras untuk menuntut RM1,500 sebulan seperti mana yang telah diputuskan mahkamah sebelum ini.
“Bukan itu sahaja, saya juga akan mengambil tindakan terhadapnya kerana ingkar perintah mahkamah selepas dia gagal memperuntukkan perbelanjaan sempena Aidilfitri berjumlah RM1,500,”
"Bayangkan bayaran untuk suntikan imunisasi anak saja sudah mencecah RM400 sebulan. Ia belum termasuk kos sara hidup lain seperti bil hospital ketika anak sakit, lampin pakai buang, insurans dan sebagainya,"
"Sebenarnya, saya sudah tahu permainannya. Sebab itu saya hanya ketawa ketika majlis sulh selesai, hari ini.
"Saya juga tidak boleh terima alasannya (Azmi) untuk meminta pengurangan bayaran nafkah anak kami itu kerana tidak mampu,"
"Justeru, tiada kata sepakat dicapai pada majlis sulh petang tadi dan kes ini akan dibicarakan semula depan hakim pada 8 Ogos nanti,"
Elly Mazlein membuat kenyataan itu ketika dihubungi selepas "majlis sulh" yang turut dihadiri Azmi dan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Penyanyi ini percaya Azmi Hatta mampu untuk membayar nafkah anak mereka seperti yang diputuskan mahkamah sebelum ini.
Sementara itu, usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan Azmi Hatta gagal.
Sumber: HarianMetro/Utusan
Blogger Comment
Facebook Comment