Bekas Isteri Mengamuk, Dedah Perangai Sebenar Faizal AF
Baru-baru ini penyanyi yang juga bekas juara Akademi Fantasia musim keempat, Faizal AF membuat kenyataan dirinya sudah bercerai dengan isteri pada Disember lalu.
Baca kenyataan dari Faizal (DISINI)
Kini setelah kenyataan dari Faizal menjadi buah muut orang ramai, bekas isterinya bernama Sahidatul tampil memberi respon balas.
Ternyata Sahidatul dilihat kecewa dan berang dengan sikap Faizal sehingga melabelkan bekas suaminya sebagai plastik.
Melalui laman FB miliknya, Sahidatul telah mengecam Faizal.
Ini tulisnya:
"Plastikkk, kuat propaaa....bukan mu naik kaki tangan dan main tine ker masa dlm aku???
"Berbangga benar bagitau bila 3 kali BERKAHWIN! Bertangungjawab dari segi mana tuu?
"Orang yang bertanggungjawab ini dia laksanakan tugas yang Allah berikan, bukan cakap serupa tin kosong! Tingg tinggg habuk tak daakkkk...
Kemudian laman web hiburan "Insta Online" telah mendapatkan komen dari bekas isteri Faizal ini untuk mendapatkan penjelasan ounca penceraian dan mengapa dia berang dengan Faizal.
Ini kenyataan dari Sahidatu:
“Kenyataan yang diberikan oleh Faizal tidak sama dengan apa yang kami lalui. Tidak ada pihak ketiga yang menyebabkan perpisahan kami.
“Saya boleh katakan kami bercerai disebabkan oleh dia sendiri,”
“Dia juga seorang artis, jadi rasanya peminat dia akan lebih berpihak kepada Faizal. Jadi saya tidak mahu peminat dia kecam saya jika memberi sebarang kenyataan lanjut.
“Sepanjang tempoh perkahwinan, saya akui saya bukanlah seorang isteri yang sempurna. Saya juga ada silapnya.
“Namun jika dia katakan saya tidak boleh menerima kehidupan seorang artis, sudah pasti saya tidak akan berkahwin dengan dia sebelum ini.
“Bercakap soal pihak ketiga, keluarga bukanlah punca kami bercerai. Keluarga memberi sokongan selepas bercerai. Keluarga mana yang mahu melihat anaknya susah.
“Saya nekad menfailkan perceraian kerana merasakan kami sudah tiada persefahaman. Itu sahaja yang boleh saya katakan,”
“Apa yang sudah terjadi biarlah berlalu. Saya harap Faizal juga dapat move-one. Kami masih berhubung berkaitan nafkah anak dan dia juga sering meminta gambar terbaharu anak kami.
“Buat masa sekarang memang saya serik untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup. Jika ada jodoh saya selepas ini biarlah saya kenal dahulu hati budi lelaki tersebut,”
Ini merupakan perkahwinan Faizal kali ketiga.
Faizal dan Sahidatul bernikah pada November 2015 dan mempunyai seorang anak perempuan.
Dikatakan, Faizal melafazkan cerai terhadap isterinya di luar mahkamah pada Disember 2016.
Blogger Comment
Facebook Comment