Video yang dimuat naik oleh Kenny Lau sejak jam 1.28 pagi tadi telah ditonton 1.6 juta kali dan dikongsi lebih 18,000 pengguna Facebook.
Dalam status tersebut, Kenny menasihatkan orang ramai berhati-hati jika terserempak dengan kereta lelaki berkenaan yang membawa senjata perenjat.
"Kalau anda di Melaka, ternampak kereta ini kena berhati-hati. Tak kira betapa perlahan kereta tu, jangan potong dia sebab dia ada 'electric batons'. Please tengok video," tulis Kenny.
Berdasarkan video, lelaki terbabit menggunakan alat perenjat tersebut untuk menakut-nakutkan Kenny dan rakannya.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan tampil memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku.
"Baruah punya budak. Dia yang salah, dia viralkan di Facebook dan cakap aku salah.
"Dia dari lorong pertama nak masuk ke lorong ketiga. Aku dari lorong kedua nak masuk ke lorong ketiga.
"Aku bagi signal, aku masuklah. Dia tak lepas masuk, dia 'pam-pam' kereta aku, siap buat muka sial lagi," kata Pai Lang.
Sehingga ke waktu ini, kedua-dua pihak belum mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Difahamkan, Pai Lang akan membuat laporan polis berhubung tindakan lelaki itu yang telah memfitnah beliau.
Blogger Comment
Facebook Comment