ALOR SETAR, KEDAH - Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pengarah Kanan Pesuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda berkata, jumlah kes cincin tersangkut pada kemaluan semakin meningkat.
Peningkatan sebanyak 10 kes cincin tersangkut di kemaluan lelaki yang dilaporkan di negeri Kedah berbanding hanya 3 kes tahun 2016.
Menurut Abdul Razak, peningkatan kes itu berlaku kerana kebanyakan individu yang berusia di antara 20 hingga usia 30-an terpengaruh dengan rakan yang sudah berjaya 'mencipta' kejayaan menggunakan cincin sama ada buatan sendiri.
Terdapat individu yang hanya sekadar mahu mencuba, malangnya menimbulkan masalah apabila cincin yang dipakai itu tidak dapat ditanggalkan dari kemaluan.
Abdul Razak berkata, kejadian itu berkemungkinan lebih banyak berlaku dan ada yang tidak menghubungi pihak bomba untuk membantu mereka.
"Berdasarkan rekod, kes yang paling banyak diterima adalah di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani iaitu sebanyak lima kes, BBP Kulim Hi-Tech (dua kes), BBP Alor Setar (satu kes), BBP Jalan Raja (satu kes) dan BBP Guar Chempedak (satu kes).
"Tahun lalu, kita menerima tiga kes iaitu masing-masing satu di BBP Kulim Hi Tech, BBP Alor Setar dan BBP Yan," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Jelasnya, pihak bomba mempunyai alat pemotong cincin untuk menanggalkan atau sebarang jenis nat atau logam yang tersangkut pada kemaluan atau di jari.
"Kebiasaannya, kebanyakan kes yang berlaku mangsa akan terus ke klinik atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan anggota kami akan dipanggil untuk memotong cincin tersebut.
"Ada juga yang datang sendiri ke balai bomba untuk mendapatkan bantuan memotong cincin dan anggota kami dari Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) pula akan memberikan rawatan awal sebelum mangsa dirujuk ke hospital jika berlaku pendarahan," katanya.
Operasi biasanya mengambil masa selama lima hingga 20 minti. Namun ia bergantung pada ketebalan cincin tersebut.
Blogger Comment
Facebook Comment