Kejutan Hari Raya, Keluarga Sufian Suhaimi Datang Merisik Elfira Loy..Tahniah Diucapkan!

Kejutan Hari Raya, Keluarga Sufian Suhaimi Datang Merisik Elfira Loy



Sufian Suhaimi dan Elfira Loy memang diketahui umum sedang rapat dan ada mengatakan mereka sedang di lamun cinta.

Perkembangan terkini tentang pasangan ini, pada hari raya ke enam, keluarga Sufian Suhaimi telah datang beraya sambil merisik Elfira Loy.

Perkara ini diakui sendiri oleh Sufian Suhaimi yang telah datang bersama keluarganya ke kediaman Elfira Loy di Cheras.

Melalui insta story, majlis merisik dengan pemberian cincin tanda itu juga sebagai simbolik kepada hubungan yang terjalin di antara mereka, yang mula rapat dan semakin serius kira kira empat bulan lalu.

Ini komen Sufian Suhaimi:

"Tiada apa yang nak saya sembunyikan dengan apa yang terjadi pada hari ini. Ia benda baik. Itu saja yang saya boleh kongsi kerana tiada perbincangan lanjut untuk majlis seterusnya (kahwin),"

"Rasanya memang semua sudah tahu kami memang rapat. Lagipun kami bukan budak sekolah untuk melabelkan hubungan ini sebagai kekasih atau sebaliknya. Masing-masing sudah berada dalam fasa yang menyamankan kerana saling memahami. 

"Saya sendiri banyak mendapat nasihat daripadanya yang lebih berpengalaman di arena seni. Kami juga masing-masing menyokong dari aspek emosi. 

"Tiada apa yang nak disembunyikan antara kami. Harap hubungan kami akan menemui penamat yang baik. Harap semua juga dapat mendoakan yang baik," 

Ini pula komen dari Elfira Loy:

"Ya, memang selain beraya, turut diadakan majlis merisik. Saya percaya apa yang terjadi ini sebagai memberi tahu isyarat kedudukan sebenar kami. Cuma fasa lanjut itu belum dibincangkan lagi. 

"Saya menyenanginya dan selama ini, apa yang kami belajar, komunikasi itu penting dan menjadi teras hubungan kami,"

Sufian dan Elfira pernah menjadi tumpuan apabila menyambut hari jadi bersama.

Pelakon ini telah menerima 23 kuntum bunga ros sempena sambutan hari lahirnya yang ke-23, Mac lalu daripada Sufian.

Malah Elfira juga mengejutkan Sufian pada hari lahir ke-25 Mei lalu, dengan menaiki helikopter dan seterusnya meraikan hari lahir lelaki berkenaan di Seremban.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment