Anak Saleem Iklim Tampil Beri Kenyataan Isu Pertelingkahan Dengan Ayahnya
Sebelum ini Saleem Iklim ada membuat pendedahan hubungan dengan anak lelaki, Syafiq Farhain tidak begitu baik.
Baca pendedahan dari Saleem Iklim (DI SINI)
Kini, anak Saleem, Syafiq tampil menjelaskan hubungannya dengan ayahnya.
Syafiq menjelaskan hubungan dengan ayahnya baik dan tidak seperti digambarkan dalam satu video temubual media yang tular baru-baru ini.
Jejaka berumur 23 tahun ini memohon agar pihak tertentu tidak mengeruhkan keadaan yang boleh merosakkan hubungan mereka anak-beranak.
Ini komennya:
HUBUNGAN DENGAN AYAH
"Saya dengan ayah saya baik-baik sahaja. Orang luar nak cakap apa pun tentang hubungan kami cakaplah, saya tidak kisah.
"Saya maafkan orang yang buat fitnah dan komen-komen negatif tentang saya dan keluarga kerana mereka tidak kenal kami. Tapi kalau nak kutuk atau hina biarlah saya sahaja, janganlah hina bapa saya,"
LAWAT AYAH
"Saya ada jumpa ayah di hospital baru-baru ini dan dia beri nasihat agar fokus jika benar-benar ingin jadi penyanyi,"
GUNA NAMA SENDIRI
"Saya guna nama sendiri tapi saya tidak boleh nafikan jika ada yang masih kaitkan saya dengan ayah.
"Saya akui pada awal dulu memang ramai kenali saya sebab anak Saleem tapi saya juga ada usaha untuk berdiri sendiri,"
Syafiq bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba & Penyelamat dan pernah menajdi viral keraan mempunyai bakat menyanyi yang hebat.
Buat masa ini, dia belum merancang untuk berhenti sebagai bomba bagi mencuba nasib sebagai penyanyi.
Syafiq merupakan anak daripada perkahwinan pertama Saleem dengan Juwita.
Sumber: mStar
Blogger Comment
Facebook Comment