AKHIRNYA..Ini Komen Pihak Produksi Tentang Kontroversi Afifah Nasir & Aliff Aziz, Lagi Mengejutkan!!

Akhirnya...Ini Komen Pihak Produksi Tentang Isu Afifah Nasir Dan Aliff Aziz



Masih lagi panas tentang kontroversi yang melanda penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Aliff Aziz telah kantoi bersama Afifah Nasir di sebuat pusat karaoke di Cheras dan isteri Aliff Aziz, Bella telah datang serbu mereka berdua di pusat hiburan itu.

Afifah Nasir kemudian telah memberi alasan berjumpa atas urusan kerja dan pihak produksi sebuah drama tahu tentangnya.

Mereka berdua merupakan pelakon dalam drama "Izinkan Aku Mencintaimu".

Dalam kenyataan Afifah sebelum ini, adik Anzalna ini memberitahu pihak produksi akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini.

Akhirnya pengurus produksi dramatersebut iaitu Kak Noi tampil memberi kenyataan setelah dikaitkan dalam isu ini.

Kak Noi yang merupakan "Pengurus Produksi" dan tampil menyatakan bahawa pihak produksi tidak tahu menahu urusan “kerja” yang dimaksudkan oleh Afifah Nasir.

Ini komen penuh dari Kak Noi:


"Kami tidak tahu apa yang mereka lakukan di luar lokasi penggambaran. Buat apa saya nak bohong. Ini urusan peribadi mereka dan pihak produksi tidak masuk campur.

"Malah kami juga tidak ada sebarang urusan dengan mereka di pusat karaoke itu kerana kami masih sibuk menghabiskan babak lain.


Ini ternyata satu kenyataan yang mengejutkan dari pihak produksi.

Nampaknya pihak produksi menafikan ada urusan kerja di pusat hiburan itu.

Kita tunggu penjelasan terbaru dari Afifah Nasir.

Sumber: HarianMetro / BeautifulNara
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment