Pengantin lelaki berang pasangannya curang sehari sebelum majlis perkahwinan


CHINA - Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi hari bahagia dan kenangan terindah buat setiap pasangan. Namun tidak kepada pasangan yang baru berkahwin ini apabila pengantin lelaki dengan kasarnya menarik pasangannya keluar dari kereta. 

Dalam video berdurasi 1 minit 15 saat yang viral di media sosial menunjukkan sebuah kereta yang membawa pasangan pengantin tiba di lokasi majlis. Dalam keterujaan para tetamu menunggu ketibaan pengantin, tiba-tiba pengantin lelaki menarik keluar pasangannya dengan kasar. 

Pengantin perempuan berkenaan hampir terjatuh namun sempat berpaut pada seorang wanita di hadapannya sebelum dipapah masuk ke dalam.  Lelaki itu juga sempat membaling sesuatu pada wanita itu.

Difahamkan pengantin lelaki berbuat demikian kerana berang selepas mendapat mesej yang mengandungi klip video kecurangan pasangannya itu. 

Lapor China Press, video yang ditonton oleh pengantin itu adalah video sehari sebelum majlis di mana pasangannya telah menghadiri parti bujang bersama dengan bekas teman lelakinya. 

Dan difahamkan juga, wanita itu telah tidur bersama dengan bekas teman lelakinya sebelum dia bergelar isteri orang lain pada keesokan harinya. 


Klip video itu sebenarnya telah dihantar oleh bekas teman lelaki wanita terbabit, membuatkan pengantin lelaki itu berang. 

Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu masih bersama dengan isterinya atau tidak. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment