Neelofa Rimas, Pening Kepala Dengan Perangai Peminat Lofattah

Neelofa Pening Kepala Dengan Perangai Peminat Lofattah



Hubungan Neelofa dan juga Fattah Amin kini sudah berakhir. tahun lepas memang trending habis fenomena Lofattah ini.

Pasangan ini dikatakan bercinta ketika di set penggambaran drama Suri Hati Mr Pilot.

Walaupun hubungan cinta antara mereka sudah berakhir, namun peminat "Lofattah" seperti tak boleh move on lagi.

Ada diantara mereka ini yang masih mengharapkan Neelofa dan juga Fattah Amin kembali bersama.

Setelah hampir setengah tahun dikaitkan, Neelofa mula rimas dan pening kerana asyik dikaitkan dengan Fattah Amin.

Ini komennya:

“Tolong, jangan sebut pasal itu lagi. Meskipun saya sudah berkali-kali menjelaskan ia tiada apa-apa lagi, pun orang masih memperkatakan tentang hal itu. Sejujurnya saya memang sakit kepala dengan perkara itu”

“Setiap hari ada sahaja cerita baharu yang disampaikan oleh orang luar. Ini yang berlaku dan ia semakin teruk di media sosial. Saya cukup berharap, atas semangat Ramadhan, selepas ini tiada lagi kisah-kisah “begini” dibangkitkan,”


Memang akan peninglah kalau asyik dijadikan bahan jenaka dan diperli mengenai hal itu.

Kepada peminat Lofattah, diharapkan kalian dah boleh berhenti berharap dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Neelofa sendiri pun sudah rimas dikaitkan lagi jadi kenalah mive on.

Kini satu lagi fenomena cuba dibangkitkan iaitu "Fattzura" apabila drama Hero Seorang Cinderella mula di tayangkan.

FattZura adalah gabungan antara Fazura dan Fattah Amin.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment