Kanak-kanak cedera dilanggar larii


PETALING JAYA - Seorang kanak-kanak lelaki cedera dilanggar sebuah motosikal dalam kejadian malam Khamis lalu, lapor mStar

Dalam kejadian di persimpangan pusat beli-belah The Strand Kota Damansasra, mangsa, Rayfan cedera di bahagian kepala, kedua-dua tangan dan hidungnya berdarah.

Menurut rakan bapa mangsa, Ash Halip, yang memuat naik gambar-gambar itu berkata, mangsa dilanggar sebuah motosikal, yang kemudian terus melarikan diri tanpa mengendahkan mangsa yang cedera dilanggarnya itu. 

Bagaimanapun, nombor pendaftaran bahagian belakang motosikal itu tertanggal dan kini dijadikan sebagai bukti untuk mengesan suspek kejadian. 

Hasil semakan netizen berdasarkan nombor pendaftaran motosikal itu mendapati, sebanyak empat saman lalu lintas yang telah dilakukan. Malah, insurans motosikal itu juga dipercayai sudah tamat tempoh. 


Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaluddin Mohammad berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung insiden itu. 

Walau bagaimanapun, pihak polis sedang menjejaki suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes menghubungi talian hotline 03-20529999 atau melaporkannya di balai polis berhampiran.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment